Assalamualaikum,

Hari ni sy menerima satu email, sebenarnya, soalan macam ni pun dah ramai yg tanya sy, cumanya sy tak berpeluang nak jawap di blog. Sy banyak jawap terus di email. So, harapan sy, bila sy jawap di sini, lebih ramai yg faham dan memberi manfaat kepada lebih banyak.

Soalan Dalam Email

Assalamualaikum

Saya tertarik dengan laman blog yang tuan paparkan mengenai penternakan ayam....Syabas dan tahniah di ucapkan kerana pihak tuan telah berjaya sehingga kini. Ya ada minat, usaha yang bersungguh2 dan modal dan selebihnya kita serahkan kepada Allah swt. insyallah akan berjaya.

Saya mohon maaf kerana tujuan saya bukanlah nak ternak ayam kerana minat dan kecendurungan saya lebih tertumpu ke arah kambing.....tetapi rakan2 saya meminta untuk menjual ayam yang siap diproses bagi tujuan eksport....Mulanya agak berat juga saya melakukan nya kerana harga ayam di ladang dan di pasaraya besar contohnya Giant menawarkan harga yang lebih lagi murah iaitu RM5.75/kg. Bila saya explore integrator nya adalah Dindings dan Cab. Melalui sebutharga yang saya terima saya dapati harganya agak tinggi dan timbul persoalan bagaimana pasarraya nie berniaga....rugi namanya.

Oleh yang demikian, sye mohon untuk tuan memberi jalan dengan siapakah yang boleh saya ingin berurusniaga dengan cara yang betul dan selamat serta mempunyai sijil kelayakan tertentu. Ini kerana saya perlu mengikut standard piawaian antarabangsa serta packaging yang bersesuaian. Jika sekarang nie tuan berurusniaga dengan integrator CP so saya perlukan maklumat tersebut

Harap dapat bantu saya.....


JAWAPAN SAYA

Waalaikumsalam,

Pertama sekali, sy nak jelaskan, macam yg abg tahu. Sy hanyalah penternak ayam yg buat kontrak farming. Sy memang tak jual ayam secara direct. Dan integrator sy CP. So, kalau nak beli ayam, memang kena beli dari CP ikut harga pasaran. Sebab ada org yg nak beli direct ayam dari sy, bila sy tak mau jual, cakap sy sombong sebab tak mau jual sket2 kpd mereka ni. Ni kes salah faham.

Dan seterusnya, macam mana Giant, Tesco boleh jual ayam lebih murah dari harga pasaran. Macam ni, harga pasaran ayam di ladang berubah rubah ikut demand and supply. Dlm sebulan, akan ada satu atau dua waktu yg harga ayam akan menjunam teruk dari harga normal. Bila harga ayam ni turun, company2 besar macam Giant, Tesco dan sebagainya akan borong semua ayam pada harga yg murah dan simpan di Cold Room mereka yg sangat besar. Mereka borong ayam tu sampai penuh Cold Room. Bila harga ayam di ladang dah naik, mereka akan mula keluarkan ayam di Cold Room tu utk dijual di pasar dan mereka akan tawarkan harga yg tak logik. Contohnya, di Market harga org lain jual RM7.00 sekilo, mereka akan jual RM5.80 sekilo.

Mereka boleh jual murah sebab mereka beli ayam tu pada harga yg murah. Sedangkan penjual di pasar tak boleh jual murah sebab mereka dapat ayam tu pada harga yg lebih tinggi. Dan hakikatnya, pasaranya besar ni memang tak rugi.

Dan mengenai peluang untuk eksport ayam ke luar negara. Benda ni bukan abg sorang yg tanya sy, dah ramai pun yg tanya. Dan sy sendiri org nak offer eksport ayam ke over sea. Mula mula sy layan la, tapi bila dah lama dlm industri ni, sy dah malas nak layan kalau org tanya nak beli ayam banyak2 dari sy. Buang masa aja....

Di mana nak dapat ayam yg melepasi spesifikasi antarabangsa. Ikhlas cakap, sy tak tahu nak beli dari mana. Tapi sy nak minta kita semua berfikir beberapa perkara sebelum kita bersetuju utk tawaran mengeksport ayam ke luar negara.

Pertama, mereka yg nak beli ayam dari luar negara mesti sebuah company yg besar. Kalau dia company yg besar, kenapa dia nak cari kita yg kecil ni. Kenapa dia tak contact direct dengan company2 besar seperti CAB, CP, Leong Hup, Dinding dan sebagainya utk beli direct. Kalau dia org beli direct dengan company2 ni, mesti lebih murah. Tapi kenapa dia nak cari kita. Mustahil dia tak tahu nak cari contact. Dunia hari ni, kalau nak contact cari aja dlm internet mesti jumpa penjual ayam di Malaysia. Company2 besar ni kalau nak contact, senang aja nak cari.

Yang kedua, bila kita nak eksport ayam ke luar negara, biasanya TERM utk payment paling cepat pun 2 minggu sekali. Tu kira dah nasib baik la, silap2 haribulan boleh makan bulan baru dapat duit. Tu pun kalau dapat, kalau tak dapat... makan modal la...

Kita bagi hutang kepada pembeli, tetapi supplier kita mahukan duit cash sebelum dia hantar ayam kepada kita. Sebagai contoh, kalau la ada org minta kita hantar sehari 5000 ekor ayam ke luar negara. Modal utk 5000 ekor ni dah hampir RM8 seekor, jadi total RM40,000 utk sehari. Kalau 14 hari, modal yg kita keluarkan dah mencecah RM640,000 ( ada modal ke banyak mcm ni ) sedangkan kita belum dapat payment lagi dari buyer kita. Dan duit ayam dari customer kita tu, belum tentu kita dapat.. Kalau dia tipu, nangis la jawapnya...

Apa yg sy nak nasihatkan, berhati hati. sy bukan nak mengecilkan peluang yg anda dpt. Cuma berhati hati. Kalau silap haribulan, makan modal kita...

Harap apa yg sy cakapkan ni membantu.. Wassalam

1 ulasan:

  1. lagi satu kelulusan ujian utk eksport ayam. sekarang nak HACCP paling kurang GMP. kalau tersekat kat kuarantine brg x boleh masuk negara yg mengimport, brg habis duit pun x dapat.

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top