Pada suatu hari ada Orang Kaya Rolie ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Lantas dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Firdaus.

Orang Kaya Rolie: Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya.(lalu memberikan kadnya).

Pak Firdaus: Baik tuan, saya akan suruh anak buah saya hantar ayam-ayam tu ke rumah tuan.

Selepas itu, Pak Firdaus memanggil anak buahnya yang bernama Okaz dan memberikan arahan..

Pak Firdaus: Okaz, esok engkau hantarkan 100 ekor ayam ke alamat ini (sambil memberikan kad Orang Kaya Rolie tadi).

Okaz: No problem uncle.

Esoknya Okaz pun pergi menghantar 100 ekor ayam tersebut. Lima puluh ekor diletakkan di sebelah kanan motosikalnya, 50 ekor lagi di sebelah kiri. Malangnya, di tengah perjalanan motosikal Okaz terlanggar lubang dan... BBUAAKK!!!dia terjatuh dari motornya.

Ayam-ayam yang dibawanya terjatuh dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk melihat keadaan Okaz. Tetapi Okaz tidak apa-apa, malah ketawa terbahak-bahak. Seorang pemuda bertanya kepada Okaz..

Pemuda: Bang..abang tak apa-apa ke?

Okaz: Ha.. ha... ha...!

Pemuda: Bang, kenapa bang?

Okaz: Hahaha.. budoh punya ayam, engkau nak lari ke mana?Alamatnya kan ada pada aku! Hahahahaa..

* Cerita di atas adalah rekaan semata mata. Watak watak dalam cerita di atas bukanlah nama sebenar. Nama watak hanya digunakan untuk menyedapkan lagi cerita...

1 ulasan:

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top