Assalamualaikum,

Hari Sabtu lepas, sy on the way to Taiping, masa sampai di Bagan Serai, pekerja sy call. "Boss, mari cepat... TNB Fius bakar.... big problem"... Sy terpaksa bergegas pulang. Nasib baik sy tak sampai Taiping lagi. Kalau tak lagi jauh sy nak kena patah balik. Dari Bagan Serai, sy ambil masa lebih kurang 30 minit utk sampai ke reban.

Semasa perjalanan pulang, sy bertanya roughly apa yg berlaku di reban dan pekerja bagi gambaran. Sy dpt gambaran apa yg berlaku di sana. So, agak fius terbakar. So, sy call TNB utk dtg dan tukar fius tu baliki..

Fius ni dah terbakar tahap kronik. Sy memang ada spare part. Tapi sebab teruk sangat, sy tak berani nak tukar sendiri. Nampak brutal aja kesan terbakar tu. Masa jadi ni, sy pun tak tahu apa punca dia...
.
Selesai satu bab. Pukul 5 pagi, ketika sy sedang tidur, sekali lagi telefon berbunyi. Sy pesan kepada pekerja, kalau emergency call sy direct. Kalau tak emergency, miss call dan sy akan call balik. Tapi, pukul 5 pagi tu, telefon berbunyi dan tak berhenti. Sekali lagi sy cemas. Pekerja cakap, "Boss, letrik problem. Semua fan off". Sy terus bangun dan berlari ke reban. Kali ni, sy tengok dua pulak fius TNB yg terbakar. Mesti ada sesuatu yg tak kena.
.
Sy suruh pekerja sy cek semua wayar besar di reban sampai ke sub board. Dan bila sy ke satu sub board, sy berbau hangit. Dan sy buka board tu.. Dammmm.......
Ada cicak yg baru mati terkena renjatan letrik. Dan bila dia mati, body dia berada di antara dua plat Red phase dan Blue phase... Dan short circuit dan BOOOMMMMMM... Board meletup dan terbakar. Lepas tu, sy tutup main suis dan bersihkan cicak tu. Bila sy on balik.... BOOOOMNMMMMMM.... Sekali lagi. Letupan yg amat kuat. Sy terus cuak dan cuba utk tenangkan diri... Sy hairan apa punca jadi macam tu sampai boleh meletup.

Di reban, sy terpaksa bukak semua kain kanvas. Sy tak boleh guna generator sebab letrik ke reban melalui board yg meletup tadi...

Sub board yg meletup dan terbakar. Dan sy terpaksa totally OFF board ni to make sure current boleh masuk ke reban. So that semua fan boleh ON balik.

Masa siang hari, sy tengok balik board ni. Memang dah rosak teruk, sy panggil jiran sy Pak Abu seorang wireman utk dtg tengok. Dia kata board ni dah tak boleh pakai dan kena tukar satu board baru beserta semua baru di dalam. Perghhh.... Dan yg lebih mengerikan, sy tak boleh OFF fan di reban, tapi sy kena tukar board ni. Macam mana nak buat dlm keadaan ada letrik di board ni.

Sy terpaksa mencari jalan dan dapat idea... Dan akhirnya sy beli board baru utk ditukarkan dengan board yg rosak. Firstly, sy pasang semua benda yg sy boleh pasang dulu. Sy hanya akan OFF kipas di reban sekitar 10 minit dan tukar wayar masa tu. Sambungan wayar lain sy buat kemudian...

Finally, sy berjaya siapkan semua wayar connection. Dan Alhamdulillah, sy tak silap pasang. Sy bersyukur sebab sy dah berjaya tukar semua ni sendiri dgn selamat. Sy sebenarnya takut gak.. Tapi berdasarkan pengalaman lalu, sy berjaya gak tukar. Dan pengalaman tukar board hari ni betul2 memberi pengajaran dan ilmu berguna kepada sy....
.
Lepas semua ni berlaku, ada beberapa pengajaran yg sy dapat:
.
1) Kena tutup semua lubang yg ada potensi cicak masuk ke board ni. Sebelum ni dah tutup, tapi ada lubang yg terdedah. Cina suruh sy bubuh gam silicone utk cover lubang.
.
2) Make sure sy ada spare part di reban. Takut benda ni terjadi di hari Ahad kedai tutup. Habis cerita.
.
3) Alhamdulillah, sy semakin faham macam mana board tu berfungsi dan lebih bersedia utk hadapi situasi yg menakutkan ni. ( Harap tak jadi dah lepas ni )
.
Syukur kepada Allah semua selamat. Ayam pun tak terjejas sangat... So, kepada yg nak buat reban ayam sistem tertutup, kena ada knowledge dlm wiring atau pun ada org yg boleh tolong kita dalam kadar yg segera.
.
Hanya Allah yg membantu.. Wassalam

1 ulasan:

  1. aku kata dah, aku jadi dulu baru hang kena... yg lepas2 pun macamtu.. hehehe... kebetulan yg menyayat hati.
    aku pun kena tukar semua baru macam hang...haahahaha

    yg bener
    oghang bagan serai

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top