Assalamualaikum,

Hari Sabtu, sy menyertai gotong royong di kampung sy untuk membuat jalan menggunakan simen konkrit. Jalan yg dibuat ni sebagai jalan pintas utk menghubungkan Kg Kedah dengan Taman Kerian Permai di sini. Memang ramai org yg lalu lalang jalan ni.

Sebelum ni, diaorg ada buat kutipan dana utk buat jalan ni. Alhamdulillah, sebanyak RM12,000 berjaya dikumpul utk membuat jalan ni. Ni gambar yg sy ambil masa persiapan buat jalan ni.

Gotong royong baru bermula. Waktu pagi, org punyalah ramai. Cuaca pun tak panas lagi. So, semua org masih bersemangat..

Kerja2 membuat jalan bermula. Berbaju kuning bertopi hijau tu YB Adun Titi Serong yg turut serta dlm program gotong royong ni. Kalau ditengokkan, ramai yg datang bawa cangkul utk tolong tarik... Memang ramai yg boleh tarik simen ni. Tapi, tak ramai yg boleh levelkan simen ni..

Ramai org yg komited seawal minit pertama ni. Hari pun masih sejuk lagi...

Sy bawa sorang pekerja sy utk turut melevelkan jalan ni. Dan cuba tgk, tak ramai yg boleh tarik level, yg ramai yg pegang cangkul aja... Dan Alhamdulillah, pekerja sy ni antara tulang belakang utk tarik simen ni bagi level. Dan semua org berpuas hati dengan hasil kerja dia...

Dan separuh jalan, pekerja sy terus komited walaupun cuaca semakin panas. Gambar kat belakang tu, YB yg sedang berehat seketika... Mungkin dah penat sket.. Maklumla, bekerja keras tadi...

Half way.. Dah separuh yg siap.. Not bad la.. Kiranya jalan ni cantik gak la.. boleh tahan la.. Hasil tangan org kampung...

Dah siap 90%... Jalan sepanjang 700' panjang dan 10' lebar yg nak siap...
.
Sy pun balik awal semalam. Dalam pukul 12 tengah hari. Sebab lori ayam dah sampai. So, kena la balik. Alhamdulillah, jalan siap dan semuanya berjalan lancar..
.
Wassalam...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top