Assalamualaikum,

Seperti yg ditanya oleh Okaz, mengenai convert reban dari Open House ke Close House. Ada beberapa isu yg perlu diambil tahu oleh penternak kalau nak convert:

1) Pastikan bekalan 3 phase letrik oleh TNB mencukupi dikawasan tu. Lepas tu, kena ubah sistem letrik di reban ayam dari single phase ke three phase.

2) Biasanya, kalau nak ternak aircond, ada dua cara:

i) Lantai kayu ditingkat atas perlu di alas dengan kanvas, so that boleh taruh sekam padi atau habuk kayu utk ayam duduk. Sistem ni, ayam akan duduk atas sekam padi yg bergaul dengan najisnya sendiri. Sistem ni guna kipas di tingkat atas sahaja. Tapi, kalau reban sedia ada tu tinggi melebihi 7 kaki ditingkat bawah. Boleh terus ternak ayam dua tingkat. Atas dan bawah.

ii) Lantai kayu tak perlu alas dengan kain kanvas. Najis ayam akan jatuh mcm biasa ke bawah. Tapi, tingkat bawah pun perlu ditutup sepenuhnya dengan kain kanvas dibahagian dinding. Dan tingkat bawah pun perlu ada sistem pengudaraan kipas utk tarik bau taik ayam dari bawah. Sistem ni ternak ayam di tingkat atas sahaja.

3) Sistem minuman kena tukar. Kalau ayam open pakai automatik drinker. Tapi kalau aircond kena pakai nipple. Sebab kalau pakai automatik drinker, air dlm reban akan tumpah dan lantai akan basah. Kesannya, ammonia akan tinggi di dalam reban. Akan bau busuk dan ayam mudah sakit.

4) Kena pasang syiling di tingkat atas. Mesti ada syiling. Utk elak udara boleh lari bila kipas tarik keluar.

5) Kena pasang sistem kipas di satu hujung dan sistem cooling pad dihujung yg lagi satu.

Kenapa org nak convert dari sistem terbuka ke sistem tertutup:

1) Pengawalan bau dan masalah lalat akan dapat di atasi.

2) Kadar kematian ayam akan berkurangan. Biasanya reban open mati dlm 5%-8%. Reban aircond mati dlm 1%-2%.

3) Kadar keuntungan lebih tinggi guna sistem tertutup sebab ayam sukar mendapat penyakit. Reban terbuka ayam mudah sakit sebab kita tak boleh control suhu di dalam reban. Especially masa musim hujan dan musim panas. Berdasarkan pemerhatian sy, org yg ternak ayam sistem tertutup dia boleh dpt untung yg konsisten setiap pusingan. Tapi, reban terbuka performance dia fluctuate. Bergantung keadaan cuaca...

Sy dah tengok beberapa reban yg diconvert. Kos boleh tahan gak la. Tapi, jgn tanya sy kontraktor yg buat sebab sy tak tahu. Sy hanya tengok aja reban milik Cina yg convert ke aircond.
.
Sekian pandangan sy. Harap membantu. Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top