Assalamualaikum,

Dah lama tak update gambar Farees. Ummi dah marah. Dia kata update la gambar Farees pulak. Sy pun terpaksa la update gambar Farees yg sy ambil di reban ayam.

Farees sedang melangkah menuju ke reban. Dengan gayanya yg tersendiri...

Berhenti seketika. Posing utk bergambar.

Bos besar sedang membuat lawatan di reban ayam. Memastikan semua ayam berada dalam keadaan baik... Macam mana? Ada gaya tak Farees nak jadi bos ayam...

Farees tengah cek seekor ayam ni berjalan. Nak memastikan ayam ni berjalan dengan baik dan berada dlm kesihatan yg baik..
.
Sekarang ni, kalau tanya soalan kat Farees.. "Farees, dah besar nanti Farees nak jadi apa?"... Dia akan jawab, "BOS" Bila tanya, "Bos apa?" Dia akan jawab "Ayam".... Wahhhh.. Like father like son.... Cayalah Farees...
.
Itu saja setakat ni.. Wassalam..

2 ulasan:

  1. Farees comel.. Post Mummynyer x der ker..?

    BalasPadam
  2. caya lah farees! ade style!

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top