Assalamualaikum,

Pagi tadi, sy dapat berita mengejutkan. Master Sifu sy dlm ternakan ayam, Termizi dari Bukit Gantang meninggal dunia sekitar pukul 3.15 pagi. Allahyarham berumur 52 tahun semasa meninggal dunia dan mempunyai dua org anak berumur 19 dan 12 tahun.

Sy turut bersimpati kepada anak2 Allahyarham kerana baru sebulan lepas, mereka kehilangan ibu mereka yg kembali ke Rahmatullah akibat kanser. Skrg mereka ni terpaksa berhadapan dengan kehilangan ayah mereka pula dlm masa yg begitu singkat.

Arwah sebenarnya mempunyai beberapa masalah kesihatan seperti jantung, darah tinggi dan sebagainya. Mungkin ini yg menjadi punca kematian mengejut beliau.

Bagi sy, Arwah memang banyak membantu sy dlm ternakan ayam. Dari segi teknikal dan nasihat, memang banyak yg dia ajar sy. Bukan sy saja, sy rasa hampir semua penternak di kawasan Taiping, Kuala Kangsar, Parit Buntar kenal dia dan dia adalah pioneer dlm industri ternakan ayam daging sistem tertutup di sini. Hampir semua org belajar dari dia.. Terlalu besar sumbangan beliau kepada kami semua... Semoga segala jasa beliau mendidik kami semua diberkati dan dirahmati Allah....

Dan rasanya, baru2 beliau buat loan dari Agrobank RM150,000 utk modify reban ayam dia. Dan reban pun baru aja siap dimodify 2 bulan lepas. Hmmm. Nampak gayanya, tak perlulah anak2 dia bayar loan tu sebab semua loan tu dicover oleh Takaful Malaysia.

Sy baru ke reban dia hari Khamis minggu lepas utk bertanya kabar. Sy sempat bersembang dengan Allahyarham dlm sejam. Banyak yg kami bualkan. Dan salah satu dia kata dia memang ada macam2 penyakit... Dan kuat gak merokok.. Mungkin ni pun turut menyumbang kepada masalah kesihatan beliau. Semasa bersembang, dia ada cerita anak kecil dia ada buat lawak ngan dia.. "Abah tak perlu la besarkan lagi biz ni, kalau besar pun tak guna.. Nanti kalau abah mati, dapat kat adik jugak".... Dan dia sendiri pun kata kat sy yg dia memang tak mau buat benda lain dah. Cukup lah apa yg ada sekarang..... Dan ternyata... Allah menyayangi dia...

Marilah kita semua mendoakan, agar Allah memberi rahmat kepada Allahyarham dan ditempatkan rohnya bersama orang2 yg beriman... Sekejap lagi, sy nak gi ziarah jenazah beliau..

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top