Assalamualaikum,

Dah lama tak update ayam. Bukan tak nak update, malas rasanya. Ayam tak berapa ok. Tu yg malas nak update. Ayam di EP11 ada masalah. Ayam tak sakit. Tapi tak mau membesar. Cerita bermula pada hari ke 18 lepas sy cek ayam sy rasa ayam tu macam kecil dari saiz yg sepatutnya.

Then sy panggil Dr CP utk datang ke reban cek ayam. Dan Dr CP pun datang. Lepas dia cek ayam, dia kata ayam tak sakit pun. Tapi memang nampak obvious ayam tu tak mau membesar. Dia pun tak tahu apa puncanya, Sebab lepas cek najis ayam, cek keadaan ayam dia pun tak tahu apa sebenarnya masalah ayam ni. Lepas tu dia advise utk bagi asid amino + gula kepada ayam. Dan sy pun bagi la macam yg diadvise tapi tak berapa berkesan.


Ayam umur 18 hari, Dr dari CP datang utk cek keadaan ayam. Bila dia datang, dia ambil gambar ayam dan buat post mortem keatas beberapa ekor ayam.

Yg pelik dia nampak ayam ni tak boleh nak hadam makanan yg dia makan. Ni mungkin punca ayam tak mau membesar.

Bila tengok, makanan tu tak boleh nak hancur dlm temelok ayam.

Dia ambil gambar bahagian dalaman ayam. Tak nampak problem pun.

Bila cek organ dalaman ayam, no problem. Ni gambar usus ayam.

Masa umur ayam 29 hari , Dr Ho dari CP datang sekali lagi utk cek ayam.

Dia masuk sepanjang reban utk cek keadaan ayam.

Ambil gambar najis ayam utk rekod.

Dan operate ayam utk cek organ dalaman. And again, Dr cakap ayam ni no problem. Cuma tak mau membesar. Kacau betul. Kalau ayam sakit, senang nak bubuh ubat, ni Dr pun tak tahu apa sakit ayam tu. So, continue bagi vitamin dan gula kepada ayam ni.
.
Harap2 kali ni masih sempat recover. Mudah2an Allah permudahkan urusan kali ni. Amin. Ya Rabbal Alamin..
.
Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top