Assalamulaikum,

Hari Rabu lepas, sy berkesempatan utk ke Padang Besar, Perlis utk melihat sebuah reban yg hendak disewakan. Reban ni dibina oleh Pejabat Veterinar Perlis utk disewakan kepada umum. Semua ada 3 buah reban dan sebuah lagi akan dibina kemudiannya. Setiap reban berkapasiti 13 ribu ekor ayam.

Reban ni dah dibina 4 tahun lepas, but because of penipuan dan missmanagement, reban ni terbiar dan tidak disewakan selepas baru beberapa kali digunakan utk ternakan ayam. Kebanyakan barang di reban ni dah rosak. Wiring semua dah kena curi. Tapi, banyak lagi barang yg still boleh pakai.

Reban ni dah lama terbiar. Kawasan persekitaran agak kotor dan banyak rumput yg dah mati..

Pemadangan dlm reban. Bekas makanan automatik dan minuman automatik masih berfungsi dengan baik.

Pemandangan dari dlm reban ke luar.

Clear curtain yg digunakan

Kipas di reban
Gambar reban kedua
.
So, ada sesiapa tak yg nak sewa reban ni. Reban ni akan diperbaiki dahulu oleh pihak Jabatan Veterinar Perlis sebelum disewakan. Kos sewa pulak amat murah. Murah gila, 13 sen utk setiap ekor anak ayam yg masuk. Bila ditanya, kenapa murah sangat Jab Veterinar kata kita nak bantu pengusaha. Nak ditambah cerita, dia siap kata lagi. Pengusaha tak perlu bayar duit letrik dan air. Kos tu akan ditanggung oleh pihak Jabatan. Kos letrik dan air pun dah 15 sen utk seekor ayam.
.
Damm.... ni sudah kes gillllaaa.... Habis tu, pihak jabatan dapat apa lepas keluar duit punya banyak. Jabatan kata, kita buat sebagai salah satu aktiviti jabatan. Bukan utk profit. Perghhh... Kalau reban ni ada di Parit Buntar... Hmmm.. memang nak kena rembat la...
.
Pendek kata, siapa yg dapat reban ni, kira macam dapat rezeki terpijak la. Org lain buat reban dan suruh kita bela, lepas tu tak perlu bayar apa2.. Perghhhh....
.
So, sesiapa yg berhajat nak sewa ni... Ada ka???? Hmmmm... minta maaf... Dah ada pun org yg sain agreement dengan Jab Haiwan Perlis utk sewa reban ni. Minta maaf bebanyak yer... Dia lebih pantas... Sebenarnya, bukan senang nak cari reban utk disewa... Kalau ada pun, mesti farmer yg dah bela ayam yg dapat tahu dulu dan sewa. Org yg belum bela susah la nak dpt info2 mcm ni awal....
.
Oklah.. kepada mereka yg masih mencari reban utk disewa.. selamat mencari.... moga Allah permudahkan urusan.. orait..
.
Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top