Assalamualaikum,

Hari Jumaat pagi, sy ke Taiping sebab Jab. Haiwan ada organise pasal industri ternakan ayam. Semua penternak di seluruh Kerian, Taiping dan Kuala Kangsar diwajibkan hadir. So, boleh bayangkan betapa ramainya tauke tauke besar yg datang ke roadshow tu.

Antara matlamat Pejabat Haiwan adalah untuk mewajibkan semua penternak mendapatkan lesen ternakan ayam dari Pej Haiwan. So, that dia org boleh buat pemantauan secara berkesan terhadap semua ladang ayam. Dan dgn cara ni, Pej Haiwan boleh mewajibkan semua penternak mengikut syarat2 yang akan ditetapkan.

Dewan seminar di Hotel SSL Traders di Kamunting. Sungguh luas dan selesa.

Ni Burhan. Tauke ayam dari Bagan Serai. Dia sekeluarga sedang menternak ayam 75,000 ekor ayam sepusingan. Itu yg dah siap. Ada lagi 40,000 ekor ayam yg rebannya still under construction... Bayangkan, betapa besarnya ternakan ayam Burhan sekeluarga.

Info ternakan pasal ladang ayam.... Para penternak digalakkan mengamalkan SALT. Skim Amalan Ladang Ternakan.

Alamak, macam mana pulak gambar ni boleh terbalik.. Kalau nak tengok gambar ni, pusingkan kepala anda. Atau angkat laptop dan pusing.. Hhehehe.. Jangan marah aa...
.
Di sana, sy berjumpa dengan tauke tauke besar ayam di sekitar Kerian, Taiping dan Kuala Kangsar. Sy tak berapa kenal penternak India dan Cina, yg sy kenal penternak Melayu aja. Antara yg sy jumpa, Termizi dari Bukit Gantang ( 100,000 ekor ayam ), Azlan Bukit Gantang ( 55,000 ekor ayam), Yusri KK (100,000 ekor ayam ), Jamal Anak Kurau (16,000 ekor ayam), Burhan sekeluarga (75,000 ekor ayam), Salihin KK ( 36,000 ekor ayam ) dan beberapa org lagi.... Hmmmm.. siapa lagi... ntah tak ingat dah..
.
Sy pun sembang la ngan beberapa farmer yg sy belum sembang sebelum ni. Asyik dengar nama aja. Dengar nama, dah rasa gerun. Sebab semua org cakap, dia memang hebat bela ayam. So, bila berkesempatan jumpa dengan dia, sy pun sembang la dengan dia... Tanya apa yg patut. Korek ilmu yg sy belum ada.. Dan Alhamdulillah, ada la ilmu2 baru yg sy dapat...
.
Sy turut berjumpa dengan beberapa staff Pejabat Veterinar dari Ipoh yg dah lama sy tak jumpa....Mereka ni banyak membantu sy sebelum ni. Jutaan terima kasih sy ucapkan kepada mereka semua..
.
Hmm. rasanya cukup dulu setakat ni, lain kali sy update lagi..
.
Wassalam

1 ulasan:

  1. sampai bila road show ni? teringin nak pergi laa

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top