Assalamualaikum,

Sy dapat emel minggu ni , tanya pasal ternakan ayam dan sy rasa sy perlu jawab soalan ni diblog so that boleh memberi manfaat kepada lebih ramai org.

EMEL PERTAMA:

Saya nak tanya macamana ayam boleh berat tu, apa rahsia. Saya ada baca dalam blog.

Saya bagi ubat mahal-mahal pulmotil, apralan, methaplue tapi methaplue ni ayamas absorb lah kos dia sbab dia campur dalam dedak. ini untuk kitaorang kat sedenak aja, cuma ubat cocci aja murah coccisol Q, ini consultant supply. Vitamin pulak saya ada neogermicin, bioplan growie, sporoplan extra, rionatural ada bagi organic acid lagi. Tapi ayam tak lah berat macam en. Firdaus punya, apa rahsia nak bagi ayam berat ni.

Ayam saya hari ni 28 hari esok sabtu pagi2 nak timbang. tu hari 21 hari jantan berat 910gm dgn 905gm, betina 808gm dgn 800gm tak lah berat sangat sebab ayam saya cobb semua.

Satu lagi en. Firdaus guna apa untuk kurangkan ammonia dalam reban, saya guna klinoptil debu tabur kat litter. Litter tu en. Firdaus ada scrap ke dan berapa kerap kalau ada.

Saya ada bagi jugak molasses tapi masak dulu bunuh bakteria kalau bagi terus orang kata boleh berak cair ayam, atau saya campur cuka molasses tu bunuh bakteria baru bubuh dalam air minuman ayam.

Satu lagi yang memeningkan kepala saya cycle ni ayam kuat sangat makan. Dalam satu jam setengan lepas dedak dah licin.sekali lepas dalam 20 lebih bag kalau ikut umur ayam sekarang.

Sekian harap dapat kongsi pengalaman en. Firdaus dengan saya.

Ini Komen Saya:

1) Macam mana nak bagi ayam berat... Jawapan sy mudah aja. BAGI AYAM MAKAN. LAGI BANYAK AYAM MAKAN, LAGI BERAT LA AYAM TU. Tapi sy rasa soalan abg ni kurang tepat. Soalan abg patutnya MACAM MANA NAK BAGI AYAM BERAT TAPI MAKAN KURANG?

Jawapanya, abg kena control dedak ayam dari awal. Bukan main bagi aja dedak ayam ni. Ayam ni, dia akan terbiasa kalau kita ajar dia dari awal. Kalau kita biasa ajar dia dari awal control dedak, dia akan terbiasa dgn kurang dedak. So, tak ada problem. Cumanya, abg kena ada program lampu. Waktu malam, lampu tak boleh ON direct. Biasanya, umur 1-7 hari, sy ON lampu pukul 8 mlm. Umur 8-14 hari sy ON pukul 10 mlm. Umur 15 ke atas, sy ON lampu antara pukul 12 mlm - 4 pagi. Bergantung kepada makanan ayam. Kalau makanan ayam cepat habis, ON lewat sket. Kalau makanan lambat habis, ON awal sket lampu tu. Sy rasa sy dah emel kat abg jadual dedak yg sy gunakan.

One thing, dlm ayam kita bukan nak kejar ayam berat. Kita nak kena tanya macam mana nak dapatkan FCR ( FOOD CONVERSION RATIO ) rendah. FCR kalau nak rendah kena bagi ayam berat dan makan kurang. Caranya, control dedak dan buat program lampu.

Org selalu seronok bila ayam berat. Tapi sy tak macam tu. Ayam berat belum tentu untung, ayam ringan belum tentu rugi. Sy pernah tgk berat ayam average 2.40kg tapi untung dlm RM0.60 saja. Dan ada yg average weight dlm 2.00kg saja, tapi still leh untung RM1.00 per bird. Rahsianya, yg ayam berat tu dia main hentam bagi dedak aja kat ayam. Memang la ayam tu berat, tapi nak buat apa makanan banyak sangat guna. Untung kurang..

Dlm soalan abg, abg ada cakap berat hari 21 910g utk jantan dan 800g utk betina. Ok lah tu. Bagi sy berat tu dah ok. Cumanya, berapa banyak ayam tu makan sy tak tahu... Kalau bagi banyak makan, memang la ayam tu berat.....

2) Sy hanya kenal ubat PULMOTIL aja dari semua jenis ubat yg abg pakai. Yg lain sy tak tahu. Basically, abg tak leh bagi tau sy JENAMA UBAT. Abg kena bagi tau sy APA KANDUNGAN dlm ubat tu. Baru sy tahu ubat tu utk apa. Dari segi ubat ni, memang ada banyak jenis di pasaran. Tapi, kan abg dah ada consultant ubat. Mesti kena ikut dia... Kalau tak, takkan nak beli ubat di luar pulak.

Tapi, satu ubat yg sy betul2 nak rekemen abg pakai, vitamin jenama BIOVIT. Mengandungi Asid Amino. Asid Amino ni bagus utk absorb makanan ayam jadi body, instead of jadi taik.. Sejak sy kenal BIOVIT yg mengandungi Asid Amino ni, Alhamdulillah.. Result ayam ni tak pernah mengecewakan....

Boleh contact A Fong, 019-5557720. Dia boleh uruskan untuk pos Biovit ni. Sebotol RM18. Sekotak ada 16 botol. Setiap botol untuk 250 gelen air.

3) Sy tak guna apa apa pun utk kurangkan ammonia dlm reban. Sy tak tahu tapi ammonia dlm reban sy memang tak tinggi. Kalau boleh, jangan buka seluruh kawasan reban utk ayam cepat2... Macam sy, ayam umur 20 hari pun sy masih lagi ada suku reban yg belum buka di sebelah cooling pad. Dan sy buka sket2. Taik ayam biasanya akan basah di sebelah cooling pad. Dan tu la punca ammonia tinggi. Tapi, sy tgk bila sy lewat buka kawasan ayam di seblah cooling pad, taik ayam di sebelah tu lewat basah dan ammonia kurang.. Dan sy memang balik2kan taik ayam tu kalau ada taik ayam yg berkeping atau basah. Dan tambahkan sekam baru di atas...

4) Sy ada gak pakai gula molasses tu. Tapi sy nasihatkan abg guna gula putih aja la. Gula putih ni lebih bersih dan terjamin berkualiti. 10kg gula putih campur dlm 250 gelen air. Gula molasses ni kita tak tahu tahap kebersihan dia. 100% bersih ka...

Rasanya cukup dulu setakat ni. Kalau perlu, abg call sy. Sy ada bagi no sy kan kat abg dulu... Wassalam...

* Apa yg sy cerita adalah apa yg sy buat. Dan berkesan di tempat sy. Sy tak bertanggung jawab kalau apa yg sy buat ni tak berkesan di tempat abg.. Kena sesuaikan dengan keadaan di tempat abg.

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top