Assalamualaikum,

Cerita pasal ayam dulu, skrg ayam sy dah berumur 5 hari dan 4 hari. So far so good. But not that good. Biasanya, ayam di EP11 masuk 18,000. Tapi, kali ni CP minta masuk 19,000 ekor. CP cakap anak ayam skrg cantik. So, boleh masuk lebih sket so that untung lebih sket. Tapi, rasanya mcm problem aja bila masuk lebih dari yg sepatutnya.. Tak per la.. kita usahakan skrg ni. Moga ayam2 ni akan ok balik lepas ni... Masih terlalu awal nak cakap sesuatu.

Sy nak mohon maaf. Sebenarnya, ramai yg hantar emel kpd sy tanya macam2 pasal ternakan ayam. Dan ramai yg minta sy tolong ajar utk ternak ayam. Hmmm.. Sekali lagi, sy cakap sy mohon maaf. Bukan sy tak nak balas emel, bukan sy tak nak cerita lebih detail, bukan sy tak nak ajar... Tapi sebenarnya banyak emel yg datang ke sy, dan bertanya perkara yg sy dah pun terangkan dlm blog ni sebelum ni.

Sy boleh tolong, sy boleh jawap.. kalau soalan2 tu tak pernah sy ceritakan dlm blog ni... tapi, kalau cerita2 tu dah pun masuk dlm blog ni, dan ditanya lagi kepada sy. Tu la puncanya sy tak reply mail. Atau tak jawab soalan yg simple... Sy merayu, kepada yg betul2 minat, tolong la baca blog ni dari awal pasal ternakan ayam... Lepas tu baru tanya sy kalau tak clear. Insya Allah, sy akan cuba utk jelas kan apa yg tak jelas...

Ada juga yg lebih bersemangat emel sy kata nak lawat reban sy... Ni lagi kes berat. Sy nak jelaskan, REBAN AYAM SY BUKAN TEMPAT LAWATAN. Sy terpaksa bertegas dlm hal ni. Ayam mudah terkena penyakit. So, kalau sy benarkan ramai pelawat ke reban, ayam2 ni mudah terkena jangkitan penyakit. Dan bila dah kena, sy yg nak kena tanggung risiko. So, sebagai langkah berjaga2, sy memang TAK BENARKAN MANA2 PELAWAT DATANG KE REBAN SY SELEPAS AYAM SY MASUK. Sy harap semua faham dgn law ni..

Kalau yg faham tak pa. Masalahnya, kalau tak faham. Dia akan kata sy sombong, kedekut ilmu. Tak nak ajar. Nak makan sorang... Tak.... Sy tak macam tu, kalau betul2 nak lawat reban sy. Datang selepas umur ayam sy 30 hari. Masa tu, ayam dah kurang risiko utk sakit... So, boleh la dtg melawat. But, not any earlier than that..

Ada juga yg emel nak datang jumpa sy mingu lepas, tapi sy nak inform la. Sy betul2 sibuk dari minggu lepas till now. Even esok pun, jadual sy penuh. Sy sedang uruskan something yg betul2 besar... Yg ambil masa panjang dan bukan kerja yg senang. Jadi, sy tak dpt penuhi permintaan pembaca emel tu. Sy harap dia faham...

Insya Allah, sy ikhlas membantu sekadar termampu... Kalau ada yg sy boleh bantu, sy suka utk membantu. Sy bukan jenis yg kedekut ilmu dan bukan takut nak ajar org lain buat biz ni.. Takut saingan.. Tak... Kalau sy takut saingan, sy tak ajarla kawan sy di Bagan Serai ternak ayam. Skrg dia dah ternak 75,000 ekor ayam. Dan sedang bina reban utk kapasiti 40,000 ekor ayam lagi. At least, sy berbangga, ada anak didik sy yg berkemampuan dan mampu pergi jauh dlm industri ni. Alhamdulillah... Dlm industri ni, kita tak bersaing.... Kita ternak ayam kita. Dia ternak ayam dia. Dia untung dia makan, kita untung kita makan. Tak da kes, kita rugi sebab dia untung...

Harap semua faham.. Tapi, jgn la lepas ni takut nak emel sy. In case betul2 berminat dan nak tanya sy detail pasal ayam. Please do so. Insya Allah, kalau ada masa. Sy akan cuba jelaskan sekadar termampu...

Wassalam...

4 comments:

  1. patutla tak call. Saya nak beli taik ayam, bukan nak lawat reban...haha

    Tolong call saya k...

    fitri
    019-3408240

    ReplyDelete
  2. pidot, klu org tanya psl benda yg dh penah cite,just reply je sila rujuk entry sekian2 dlm blog sy,at least reply,jgn x reply or senyap je...kdg org tu xfolo dr awal blog ni,dats y dia tanya...

    ReplyDelete
  3. masalahnya, sy tak ingat sy letak satu satu cerita tu dlm entry mana... tak pasal2 pulak sy nak kena check satu persatu entry terdahulu...

    kan senang. baca semua.. then, ada yg tak clear. baru tanya.. hehehe..

    kak lang pun baca gak ker blog sy ni.. ada masa ker? anak kiri, kanan, dalam pun ada...sempat lagi yer...

    ReplyDelete
  4. hahaha....baca klu sempat je, time lunch kt opis, kalau bwk bekal mkn depan laptop, smbil baca2 fesbuk, blog, tngk movie...dlm ms sejam tu...kikikikii....

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top