Assalamualaikum,

2 hari lepas, sy melawat reban Hj Zaini di Kuala Gula, dekat Bagan Serai Perak. Reban yang amat besar. Saiz reban 50' x 360' x 2 tingkat berkapasiti 40,000 ekor ayam sepusingan. Perghh.. Memang superb. Teramat besar. Reban sedia ada dia 20,000 ekor ayam. So, total ayam dia dlm 60,000 ekor ayam.

Kos reban yg baru buat ni dlm RM680,000. Bukan modal yg kecil... Tapi, insya Allah kalau dijaga dengan baik akan mendapat pulangan yg cepat. Mungkin dlm 3-4 tahun boleh dapat ROI.

Reban lama dia berkapasiti 20,000 ekor ayam sepusingan

Reban baru dia berkapasiti 40,000 ekor ayam sepusingan. Sudah hampir siap sepenuhnya. Dijangka masuk anak ayam 28 Oktober ni.

Heater pemanas anak ayam


Baby chick tray utk anak ayam makan masa kecil.

Reban tingkat bawah. Semua makanan dan minuman dah siap dipasang.

Bekas minuman automatik. Sebelah kanan utk digunakan masa anak ayam kecil. Sebelah kiri utk ayam dewasa.

Bekas makanan automatik.

Tempat campuran ubat.

Jaring tepi reban

Kipas utk menyedut udara keluar dari dlm reban.

Tempat tuang makanan. Kemudian, makanan akan disedut secara autmatik dan masuk ke dalam bekas makanan warna merah tadi..

Sistem letrik utk control semua lampu, kipas dan aircond.

Stor tempat simpan makanan ayam.

Pandangan luar reban.

Tangki utk simpan air.
.
Macam mana, besar tak reban ni? Tengok kos dia la... Insya Allah, sy doakan mudah2an Hj Zaini menjadi salah seorang Melayu terhebat yg bela ayam di Perak ni. Kemudian, sy menyusul dari belakang. Heheh. Aminn..
.
Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top