Assalamualaikum,

Before this, sy ada cerita pasal baja tahi ayam. Masa sy di KL, ada org call cakap nak beli baja tahi ayam sy dan nak hantar ke org lain. Dia cakap dia ada customer. Dia nak beli 200 beg. Sy cakap la, nak ambil berapa pun tak apa. Asalkan bayar dulu sebelum keluar dari reban masa ambil baja tu.

Dia cakap, dia nak hantar dulu baja ni ke customer, bila turun baja. Customer terus bagi duit dan dia terus hantar duit tu ke saya. Sy ckp kat dia, abg nak jual berapa pun tak pa kat customer tu. Tapi, yg penting bagi duit sy satu beg RM2 dah... Dia kata ok... Mula2 bangla sy tak mau lepas dia keluar dari reban, tapi lepas dia call sy, sy kata tak pa la. Bagi la dia keluar. Kalau dia nak tipu, tak pa lah.. Sy yg bertanggung jawab...

Bangla pun let go org ni keluar. Lepas sejam, org ni datang balik dengan lori kosong dan cakap, duit org tu belum kasi dan skrg dia nak ambil lagi 200 beg. Tapi, kali ni bangla dah mau kasi baja kat dia. Bangla kata kat sy org ni nampak macam nak tipu aja... Sebab mula2 kata lepas turun baja di customer, dia akan bawa cash ke sy. Tapi bila mai duit tak bawa, dan nak baja lagi... Sy pun tak bagi jugak kali ni.. Dia kata duit nanti la dia bawa.. Sy kata, tak pa. Bayar duit tu dulu, lepas tu nak mai ambil berapa pun tak pa. Janji bawa cash..

Dia pun keluar dengan lori kosong. Tak ambil baja lagi 200 beg.

Waktu malam, pukul 11 malam. Dia datang lagi ke reban. Dan bawa duit RM180 dan bagi kat bangla. Bangla cakap, kenapa bawa RM180 saja, sepatutnya RM400 sebab dia ambil 200 beg siang tadi. Dia dengan selamber nyer ckp, customer dia tak bayar duit kat dia macam yg dia janji awal. Dia bagi tau bangla, dia janji ngan customer baja tu harga RM3.5o sekali ngan kos transport. Tapi, alih alih customer bayar dia RM270 saja utk semua beg yg dihantar. Lepas tolak upah lori dan pekerja lori, dia ambil RM90 dan bagi sy RM180. Dia kata, dia mesti ambil duit lori dulu, takkan dia nak rugi...

Bangla sy marah gila kat brother ni. Dan bangla suruh call sy masa tu. Tapi jam dah pukul 11 mlm... Bangla malas kacau dan tak call. Esok pagi2, bangla cerita semuanya kat sy. Sy dengan rileks nya cakap kat bangla, tak pa la. Dah dia nak tipu nak buat macam mana. Takkan nak pi pukul dia pulak.

Cumanya, brother ni tak gentle la... Kalau dia untung lebih masa hantar, tak pulak dia nak bayar lebih kat sy. Ni bila dia dah rugi, ada ka patut nak tolak duit sy.. Apa yg dia bayar tu nak cover duit modal pun tak lepas.

Dia bayar RM0.90 utk setiap beg yg dia ambil. Sy upah bangla korek baja + susun atas lori RM0.60, duit guni kosong RM0.50, duit sekam RM0.40. So, total modal pun RM1.50 setiap beg. So, biasanya kalau sy jual RM2 sebeg, ada la untung dlm RM0.50, ini dia bagi sy RM0.90 dan dia kata nak jumpa sy nak terang. Sy cakap, kalau nak jumpa sy dan nak bayar lagi.. ok datang. Kalau tak, tak perlulah datang nak cerita.. Sebab sy pun malas nak dengar cerita...

Sebenarnya, memang kadang2 memang sy bagi customer ambil dulu baja ni dan bayar kemudian. Tapi, bagi customer yg sy percaya la. Kalau customer yg sy tak kenal, biasanya memang sy tak bagi. Sebab sekali kena tipu.. makan tak habis.... Dah ada pengalaman ambil baja org lain, lepas tu customer tak bayar kat saya. Nasib baik dia ambil tak banyak... 300 beg aja..

So, bagi mereka yg menceburi bidang ni.. berhati hati dlm hal ni.. Bukan senang nak kutip duit dari org.

Moga org lain dpt pengajaran dari cerita sy ni..

Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top