Assalamualaikum,

Bermacam2 cabaran sy hadapi pusingan ni. Terlalu banyak kerja yg sy terpaksa buat sampai sy tak sempat nak tidur waktu siang. Biasanya, sy ada banyak masa utk tidur waktu siang. Tapi, minggu ni memang sibuk...

Dan sebenarnya, sy dah ambil gambar guna camera phone, tapi ntah macam mana gambar2 tu hilang pulak... Tak leh nak masuk gambar dlm blog ni... Terlalu banyak yg sy buat, kerja2 maintenance reban. Sy rasa, dlm 5 tahun sy ternak ayam ni.. Ni boleh dikatakan major maintenance yg sy buat...

Disebabkan tak der gambar, sy cerita ajer la... kalau tak.. Mesti cerita ni bertambah menarik...

1) Kipas di reban EP11 menghadapi masalah ditingkat bawah. Kipas yg kontraktor pasang nak terjatuh. Sebab cara pasang kipas tu tak betul. Sy tak nak ambil risiko lagi, sy dan bangla2 sy terpaksa buka semua 5 kipas tu termasuk buka semua wiring.. Dan kemudian, pasang balik. Bunyi macam senang aja. Tapi nak buat tu.. Masya Allah, Allah saja lah yg tahu.. Hampir satu hari suntuk sy buat.. Dari buka kipas tu. Sampai ke pasang balik dan test berfungsi.. Alhamdulillah, skrg kipas tu berfungsi dengan baik dan agak kukuh.

2) Masa cuci reban di EP07, lantai simen di reban tu dan uzur. Dah 5 tahun, permukaan lantai simen tu dan macam permukaan bulan. Berkawah disana sini. Maklumlah, penangan bahan kimia taik ayam. Sampai simen pun boleh mengakis.

Bila permukaan dah tak rata, susah pekerja bangla sy nak cuci reban. Sebab air susah nak jalan. So, sy dan bangla terpaksa lah melicinkan lantai reban tu.. Bukan senang nak licinkan, kami buat kerja tu hampir sehari dan baru siap 2/5 reban. Tak leh nak buat semua, tak sempat, insya Allah pusingan depan sambung lain...

3) Pusingan kali ni, reban sy rasanya tak mempunyai tempoh rehat yg mencukupi. Biasanya, CP akan minta at least 10 hari dari tarikh racun reban. Sampai masuk anak ayam. Tapi kali ni, di EP07 rasanya reban tu totally rest 5 hari sahaja. Bukan salah CP nak masukkan anak ayam cepat, tapi salah baja tahi ayam sy yg keluar lambat hari tu....

Because of that, sy terpaksa racun reban sy dengan racun yg paling kuat. Formalin. Bahan yg biasanya digunakan utk mematikan sel. Utk awet mayat dan sebagainya. Racun ni akan mematikan kuman2. So, harapnya semua kuman dah mati. Dan ayam yg baru masuk tak terdedah dengan bahaya kuman pusingan terdahulu.

4) Baru nak taip.... Bangla call, "Bos, mari reban. Ada problem... Heater gas tak boleh jalan." Aduh... nanti sambung lagi... Anyway, gambar bawah ni gambar tengah prepare nak masuk anak ayam..

Basuh dulu semua peralatan anak ayam. Ni penutup one gallon drinker anak ayam...

Ni pulak bekas makanan anak ayam.

Dlm reban, pekerja dah siap ratakan sekam padi...
.
Petang ni anak ayam dah nak sampai.... Till then.. Wassalam.
* Nak solat Asar, then terus ke reban balik....

2 ulasan:

  1. all the best!!! harap pusingan kali ni lebih mantap...

    BalasPadam
  2. btw..kali ni masuk anak ayam cob atau ros?

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top