Assalamualaikum,

Susahnya nak uruskan baja tahi ayam. Tambahan sy di KL. Nothing much that I can do. Baru tadi lori yg dok angkut baja tu call, cakap lori dia terbenam di ladang kelapa sawit. So, hari ni dia mungkin tak leh nak ambil lagi. Sempat ambil satu trip saja hari ni. Aduh... Pening kepala sy.. Baja ni perlu diclearkan segera. Tapi, customer pulak ada problem... Satu satu problem..

Tadi jugak ada lagi satu customer baru call. Dia cakap nak baja tahi ayam 200 beg. Tapi sy tak pernah deal dengan dia dan tak kenal dia. Dia cakap dia nak tolak baja tu kat org lain. So, dia kata duit baja ni lepas dia hantar baru org tu bagi dekat dia. Baru dia bayar kat sy.

Hmmm.... Sy sebenarnya agak keberatan nak bagi bila jumpa kes2 macam ni. Bukan apa, dah banyak sangat org tak bayar. Bukan org yg ambil tu niat nak tipu, dia ambil sy harga murah.. then dia tolak harga tinggi sket kat org lain. Tapi, org lain tu yg tak bayar duit kat dia.. Lepas tu dia tak bayar dekat saya.. Kan susah bila jadi macam ni... Sy cakap kat dia, bang sy minta abg janji ngan sy satu. Kalau org tu tak bayar dekat abg, abg tetap kena bayar dekat sy. Dia kata ok. So, esok pagi dia datang ambil baja tu.. Mudah2an semuanya selamat.

Pernah dulu sekali sy ambil baja tahi ayam org, satu beg RM3. Plannya nak hantar ke Cameron Highland. Satu beg tolak RM3.50. Semuanya 300 beg yg sy ambil. Tengok2 customer yg ambil dari sy tak bayar duit kat sy. Diam aja. Lepas tu call tak mau angkat.. Dan org yg sy ambil baja dari dia tu, dia call minta duit. Hmmm.. sia sia sy kena keluarkan duit sy RM900 bayar kat brother ni. Geram betul... Nak buat cam na... Takkan tak bayar pulak kat brother ni... Kesian dia pulak... Customer sy yg tak bayar kat sy tu, antara sy ngan customer. Tapi, sy yg bertanggung jawab ambil baja tu dari dia... Tu antara sy dengan tuan reban.. Terpaksalah sy selesaikan. Nasib baik tak banyak. RM900 aja.

Biasanya, baja tahi ayam ni perlukan nasib utk habis jual. Setiap pusingan sy ada lebih kurang 3000 beg utk dipasarkan. Bukan senang nak cari customer utk 3000 beg. Kadang2 kalau rezeki baik, ada org buat tempahan awal. So, boleh kita rileks sket. Yg menjadi masalah, kalau tak dak org tempah.. Then terpaksa lah ke sana ke sini, belek balik semua list customer yg pernah beli baja dari sy. Then tanya kalau kalau nak baja lagi..

So far, 5 tahun sy bela ayam. Ok la. Alhamdulillah, tak dak masalah nak jual. Ada sekali dulu, memang betul2 tersangkut tak leh keluar baja sy sebab tak dak org order. Nasib baik, partner sy merangkap Master Sifu sy, Leong tolong carikan customer.. Kalau tak.. jammmm la. Biasanya ayam2 ni memang sy uruskan, kalau ada masalah2 besar.. Baru sy contact Leong ni utk minta bantuan... Kira dia macam Wonderpet la... Kalau tak... semua hal sy akan uruskan sendiri...

Lebih mengerikan lagi, satu ketika dulu. Ada customer order baja dari sy satu reban. Semua beg yg ada dia mau. Lepas tu, bila tiba masa yg dijanjikan... Boleh dia cancel semua order tu... Disebabkan tindakan tak bertanggung jawab dia tu, sy terpaksa delay masuk anak ayam sebulan utk clearkan baja tahi ayam tu... Ni la penangan bila org order then cancel last last minit... Nak buat cam na, terimalah seadanya..

Tapi kebiasaannya.. kalau baja taik ayam sy sangkut tak dak org order... sy akan solat hajat dan minta doa betul2 dari Allah. Minta Allah permudahkan usaha sy mencari buyer. Dan Alhamdulillah, dah beberapa kali terjadi... Lepas beberapa hari sy doa, Allah menghantar seseorang utk bantu clearkan baja tahi ayam sy.. Alhamdulillah. So far Allah masih lagi 'mendengar' doa hamba Nya ini...

Oklah.. ini ajalah cerita baja tahi ayam.. Hmmm.... Baja tahi ayam pun nak cerita jugak.... Hhaahha.. jangan marah aaa...

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top