Assalamualaikum,

Dah dekat 2 minggu tak update citer ayam. Sibuk yg teramat sgt. Macam2 hal.. Especially, sambutan perayaan yg tak abis abis. Minggu lepas, pi rumah kawan2 dan saudara mara terdekat.

Back to cerita ayam. Semalam, pegawai veterinar ada datang ke reban ayam untuk buat sampling AI. Apa itu..??? Avian Influenza.. Nak cek selsema burung. Saja buat sampling. 20 ekor ayam di ambil sample.

Kesian ayam, ingatkan ambil sample air liur. Rupa2nya, sample dari lubang dubur dia...
Kesian ayam ni di'liwat'..
.
So far, alhamdulillah. Ayam skrg dah berumur 29 hari dan 28 hari. Dan sihat. Hari tu ayam ada kena serangan cacing. Tapi, lepas beberapa hari bubuh ubat... Kurang sket kesan dia. Tapi, lepas bubuh ubat usus pulak, baru nampak macam fully recover. So, now alhamdulillah.
.
Semalam timbang ayam di EP11 hari ke 28, Alhamdulillah. Berat ayam di EP11 jantan 1480g. Dan betina 1400g. Sy rasa berat ni dah macam ok. Kira ikut spec lagi la. Hari ni, kena timbang ayam di berat EP07 pulak.
.
Rasanya, cukuplah dulu cerita ayam buat masa ni. Nanti cerita lain....
.
Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top