Assalamualaikum,

Sejak dua menjak ni, denggi menyerang kampung saya. Bermula seorang, kemudian seorang, kemudian seorang lagi, dan beberapa orang lagi. Aduh.... Macam mana ni... Dan mangsa terakhir, jiran sebelah rumah saya. Merangkap kawan baik saya. Aduh...

Susah ni, sampai org sebelah rumah sy pun dah kena. Makin lama rasa macam makin dekat penyakit tu. Sy rasa, penyakit ni berpunca daripada sikap org kampung yg tak menjaga kebersihan di sekitar rumah. Longkang2 tersumbat dan air bertakung, banyak tin tin kosong yg terbiar, tayar lama terbiar, dan bekas tapak pasu bunga yg bertakung air. Semua ni tempat nyamuk aedes membiak... Ni lah, sikap org kampung.... Org lain yg tak jaga kebersihan, org lain yg menjadi mangsa...

Kesannya, kawan baik sy di sebelah rumah 'tersadai' di Hospital Taiping selama 5 hari. Nanti sy citer pasal pengalaman dia dijangkiti 'serangan denggi berdarah'. Sebagai langkah pencegahan, pihak Kementerian Kesihatan datang ke kawasan sekitar rumah mangsa untuk membuat semburan bagi membunuh nyamuk aedes. Mereka pun datang la utk buat fogging...


Menembak fogging di dalam longkang depan rumah saya..


Kesan fogging tu, semua kawasan berkabus dengan asap tu... Bau dia boleh tahan gak la... Dan asap ni meresap masuk ke dalam rumah. Sy terpaksa membawa masuk Farees ke dalam rumah, then ke dalam bilik sebab dlm rumah pun asap tu masuk.... Lepas habis dia buat semburan, sy bersembang kejap dengan pegawai bertugas.. dan dia kata.. better sy buat checking betul di sekitar rumah sy.. Esok pegawai lain akan datang, check jentik jentik. Kalau ada, nanti kena saman....
.
Mula mula saya ingat kawasan rumah sy 'bersih'. Sy buat rileks aja la. Tapi, lepas pegawai tu bagi nasihat utk sy check kawasan sekitar.. sy pun cek la apa yg patut... Ingatkan rumah org lain aja yg ada tempak pembiakan nyamuk aedes.. rupa rupanya... Rumah sy pun jadi tempat pembiakan nyamuk aedes yg berjaya.. Aduh...... Pandai nak kata org, last2 sendiri yg kena... Nasib baik pegawai tu bagi nasihat dulu, kalau tak esok bila org dtg check mesti kena saman...

Bekas tapak pasu pun banyak air bertakung. Tapi, kat sini tak jumpa pun jentik2.. Tapi, sy dah terbalikkan bekas ni semua...


Ha... dlm tayar ni sy jumpa air bertakung dan ada jentik2. Haa... ni la 'Hotel Nyamuk Aedes' tu... Sy buang semua air tu dan buang tayar ni... Dan ada satu kolam kecil kat depan rumah tu, sy letak ikan puyu sekor... Dan keesokan hari nya, bila pegawai Kementerian Kesihatan datang check rumah sy, dia kata ok. Semua bersih. Alhamdulillah.. Nasib baik tak kena saman...
.
Dan skrg jiran sy merangkap kawan baik sy tu dah balik ke rumah. Bila dia balik sy pun jumpa dengan dia dan sembang apa yg patut. Perghhh... lepas sy dengar apa yg dia cerita.. ngeri gilaaa.... Baru sedar pentingnya kita membanteras nyamuk aedes...
.
Dia kata, mula2 dia demam biasa aja.. Makan panadol macam biasa. Tapi, demam tak baik2. Lepas tu dia mula terasa macam sakit urat. Sakit urat seluruh badan. Dan kemudian, dia ingat nak ke hospital. Tapi, bapa mertua dia bagi ubat sakit urat. Dan dia makan. Lepas makan ubat ni, tunggu lagi 2 hari di rumah. Demam dia semakin panas dan sakit urat semakin kuat.
.
Badan dah mula terasa lemah dan kemudian dia dah tak mampu nak berjalan. Jalan pun macam itik. Dia kata lepas mandi pagi, terus tak leh jalan... Dan kemudian dia di bawa ke hospital. Di hospital, bila Dr check, terus Dr marah dia sebab datang lewat ke hospital utk check. Dia kat aignat sakit biasa saja.. Rupa rupanya, denggi dia dah sampai ke tahap yg kronik. Denggi berdarah...
.
Dia dimasukkan ke wad di Hospital Taiping. Di wad, hari pertama dia dah pengsan. Tak boleh tahan. Dia jatuh rebah masa keluar dari bilik air. Dia kata nasib baik dia sempat keluar dari toilet tu, kalau tak, jatuh sorang2 dlm toilet berkunci....
.
Di hospital, dia kata Dr masukkan air ke badan dia... in total 28 botol.. Banyak gila. Dan Dr pulak ambil darah utk cek setiap 6 jam. Habis seluruh tangan dia sakit, kiri kanan sebab kena cucuk ambil darah... Fuh....
.
Dari apa yg dia cerita, perghhhh... ni la pengalaman paling teruk dia sakit dlm hidup dia... Seluruh badan rasa sakit dan tak mampu bergerak. Darah keluar melalui gusi2 dia... Perghh.. memang tahap tertinggi ni.. Dr cakap, dia sakit teruk sebab lewat dapat rawatan. Biasanya org lain yg demam denggi dan detect awal tak sakit teruk macam ni...
.
Daripada apa yg dia cerita, ada beberapa pengajaran yg boleh dikongsi bersama:
.
1) Pastikan kawasan sekitar rumah kita bersih, tak dak air bertakung yg boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.
.
2) Kalau kita demam, cepat2 ke hospital utk cek darah. Kalau tak kena denggi tak pa, tapi kalau kena denggi, cepat detect dan boleh dpt rawatan awal. Jangan ambil masa yg lama utk ke hospital.
.
Sy rasa cukup la dulu entry kali ni, sama2 kita ambil iktibar. Kita ambil mudah hal ni sebab kita tak kena... Kalau dah kena, dah tak guna. Kita takut kepada harimau, tapi tak takut kepada nyamuk. Ingat, di Malaysia org yg mati di baham harimau dlm setahun tak sampai pun 3 org, tapi org yg mati sebab denggi berpuluh2 orang..
.
Moga, kita dijauhi sakit2 yg macam ni... Amin.. That's all. Wassalam

1 ulasan:

  1. Salam Firdaus,
    Apa khabar..Tak sangka terjumpa di alam blog. Ni yati sama SKPTM dulu.
    Denggi memang merbahaya tapi kdg2 ade orang kita ambil mudah je. Kalau pernah kena sekali pun actually ada possibility boleh kena lagi (tak dapat total immunity) sbb denggi kat malaysia ni ada 4 serotype. Sometimes second infection can be more severe. So take care of your family esp your son. Budak2 lebih sensitif. Krm salam dkt ur wife ya..

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top