Assalamualaikum,

Pagi semalam, bangla sy bagitau Regulator minuman ayam rosak. Dia cakap, regulator tu dah tak boleh control water speed yg masuk ke line minuman ayam. Dua bulan lepas, dah rosak 1 regulator. Hari ni rosak lagi satu yg lain pulak. Aduh.. dulu masa rosak, sy pergi beli lagi satu. Satu regulator harga RM185. Aduh.. mahalnya..

Memandangkan regulator ni penting. Sy mesti repair atau beli lagi satu. Sy call company yg supply regulator ni, dia cakap dia tak ada stok regulator ni di kilang. Kalau nak order, lagi seminggu baru boleh sampai.

Aduh.. kalau tak dak regulator. Maksudnya, satu line minuman sy tak akan ada air. Dan kesannya amat teruk utk ayam. Ayam boleh tahan lagi kalau makanan tak dak, tapi ayam tak boleh tahan kalau air tak ada..

Sy terpaksa mengambil langkah yg drastik. Sy mesti repair regulator yg rosak tu. Sedangkan, sy sendiri pun tak tahu apa yg ada dlm regulator. Masa nak repair, bila nak buka tak boleh. Regulator tu dipasang dengan betul2 ketat. Sy tak dak pilihan, rosak dah rosak. Sy terpaksa guna parang untuk dismantle regulator tu. Dan bila boleh bukak, sy cek apa yg rosak.....

Ni regulator yg control water speed dlm minuman ayam.

Bila bukak, rupa2nya, ada getah ni yg dah hancur... Tapi, sy tak da spare part getah ni. Dan dikedai hardware pun tak dak getah ni sebab getah ni custome made. Aduh, skrg dah tahu apa yg rosak, tapi tak der benda yg nak ditukar.

Sy dpt idea, guna getah kasut. So, ada satu kasut yg dah rosak. So, guna getah kasut ni.. Sy suruh pekerja gunting getah kasut ni jadi shape yg diperlukan...

Ni gambar getah kasut yg digunting dan dipasang kepada internal part regulator tu.

Dan pasang balik di dalam reban.. Alhamdulillah... job done...
.
Ada beberapa pengajaran yg sy dpt bila berlaku benda ni. First, sy baru tau dlm regulator tu ada apa. Kalau rosak, nak repair macam mana.. Dan kedua, kalau ada benda rosak, try repair dulu.. Kalau dah tak boleh, baru beli baru.. In this case, farmer need to be creative....
.
Alhamdulillah. Jimat RM185. Dan yg lebih penting, ilmu bertambah...
.
Oklah... That's all.. Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top