Assalamualaikum,

Hari ni pengalaman yg mengerikan... Hari pertama sy terpaksa menjaga Farees sendiri. And, so many thing happen bila maid sy tak leh kerja hari ni.

Petang semalam, maid sy jatuh tangga, dan kaki dia nampak macam terseliuh dan tak boleh jalan. Mula2, ajak dia gi hospital, tapi dia tak nak.

Pagi ni dia tak boleh jalan lagi, dan mak sy terpaksa bawa dia pi ke hospital seawal 8 pagi. Maksudnya, sy kena jaga Farees dari awal pagi sendiri... Aduh... tak pernah lagi jaga Farees sorang2 ni...

Bermula pukul 7 pagi, Ummi Farees gi kerja.. So, sy mula kena handle Farees. Masa ni terasa mengantuk yg teramat sangat. Tak boleh tahan. Pagi tadi, sy bangun awal, dan tak sempat nak tidur lagi ni.... Kena jaga Farees yg tak nak tidur.

Sy dpt satu idea, pasang movie Upin dan Ipin di TV, letak Farees dlm baby coat dan sy tidur. Mula2, nampak macam berjaya. Farees layan citer sorang2. Sy boleh tidur kejap. Baru pukul 7.20 pagi, Farees dah nangis. Aduh... Terpaksa la bangun. Nak hantar ke maid tak boleh, sebab maid pun tak leh jalan. So, to solve the problem. Guna senjata seterusnya.. Bawa Farees jalan2 naik motor.

Apa nak buat. Masa la jugak tayar motor nak pecah. Tak boleh nak bawa Farees jalan2. Bawa Farees masuk rumah, sy pun kena start buat kerja2 rumah yg lain. No 1, Ummi Farees dah sediakan sy dengan 2 bakul baju yg nak di basuh. Kena basuh dua trip. Habis basuh trip yg pertama, sy kena lari gi jemur baju pulak.

Then, jam pun dah nak pukul 8, masa utk mandi. Sy pun mandikan Farees. First time kena buat sorang2. Before this, semuanya maid buat atau pun Maria yg buat. Kali ni, sy kena buat semua sendiri. Habis mandi, pakaikan pampers dan baju serta seluar. Walau pun, sy jarang2 buat. Tapi, tak der la masalah sgt nak buat semua ni...

Masya Allah, sy terlupa Farees belum makan lagi pagi ni. Sy pun kena la bancuh nestum dia dan bagi dia makan... Kelakar tak, ni first time sy bancuh nestum tu.. Hhehehehe... Nak bancuh pun tak tahu...

Lepas tu kena jemur baju yg dah siap utk trip kedua. Sy gi jemur baju Maria di atas kat balkoni. Lepas tu lari bawah balik, tgk2.... ADUH.... Farees berak... Nak kena basuh berak pulak.... Adoyai.. Apa nak buat... Kena wash sekali lagi Farees...

Lepas tu, mak sy bawa maid ke hospital. Utk pi check dan X Ray. Sepanjang ni, sy kena duduk rumah dengan Farees. Dan lebih menarik, Farees langsung tak nak tidur. Sy ni mengantuk dah tak tau nak cakap. Macam mana ni... Lepas tu, dlm pukul 10 pagi, sy paksa gak Farees tidur. Dan Farees tidur... Alhamdulillah.. Boleh rest kejap...

Baru lelap nak tidur, posmen datang ke rumah. Maria ada beli hanger tudung online dan posmen hantar. Bila dah terjaga punyalah susah nak tidur balik. Baru nak tertidur, bangla sy call pulak. Ada problem di reban. Sy pun cakap buat macam tu dan ini.. Then nak tidur balik... Ada pulak org call, tanya sy nak beli ayam. Sy cakap la, sy tak jual ayam.. Aduh.. Tension nya.. Peluang nak tidur tak boleh... Baru nak lelap mata sekali lagi, Ummi Farees pulak call. Tanya mcm mana Farees.. Sy pun dah tension.. Malas nak tidur.. Memang tak leh nak lelap mata dah...

Lepas tu, bagi kakak sy jaga Farees kejap.... Baru ada peluang sy nak tidur.. Masa tengah sedap tidur, mak mertua sy pulak call. Tanya sy boleh beli ayam kampung tak di sini.. Sy ckp sy tak tahu ayam kampung nak beli mana... Dia ckp ok la.... Lepas tu, sy pun tak nak tidur dah...

Lepas bangun, main balik ngan Farees.... Tiba tiba hujan pulak kat luar. Tara... sy tak perasan yg sy jemur baju di luar. Sebabnya, sy tak pernah pun buat kerja2 ni. Biasanya maid sy aja yg ambil berat kalau nak angkat baju bila hujan. Sy langsung tak sedar sebab memang tak pernah angkat baju pun selama ni..

Bila hujan dah lebat, baru sy teringat. Ingatkan baju sy aja yg kena hujan, rupa2nya.. kuih raya mak sy yg jemur diluar pun kena hujan... Habis... habis cerita.. Hmmm.. kalau mak balik nanti mesti kena marah...

Sy hanya sempat selamatkan baju maria aja. Sebab baju dia jemur di atas rumah bawah bumbung. Baju sy jemur di luar tak dak bumbung.. Hmmmm.. Satu kerja pulak, nak kena bilas baju...

Pukul 12.30 tengah hari. Mak sy balik dengan Maid. Kaki dia berbungkus.. Dr X Ray dan cakap satu tulang retak dan satu tulang patah. Skrg tak boleh simen lagi kaki dia sebab kaki dia bengkak. Minggu depan baru boleh simen... Aduh...

Skrg ni, sy tak leh nak fikir banyak2. Sebab terlalu banyak hal2 Farees yg nak di cater. Makan dia, minum susu dia, berak dia, mandi dia... Benda yg sy jarang2 buat before this...

Aduh... Nak buat macam mana. Ujian Allah bulan puasa ni. Plan asal maid akan ikut kami balik KL nanti. Tapi, nampak gayanya, maid kena tinggal di Parit Buntar la...

Tak palah, redha dan sabar ujian Allah ni. Moga Allah permudahkan segalanya. Dunia dan akhirat.. Wassalam

2 ulasan:

  1. salam pdot. pengajarannya; besarnya fungsi sorang maid dalam penyelenggaraan rumahtangga kita, besarnya jasa sorang isteri dalam hidup kita.

    BalasPadam
  2. haha.. kalau tak ada maid.. baru tau betapa banyaknya isteri nak kena pikir dalam menguruskan rumah tangga.. lebih lebih lagi bagi isteri yg bekerja

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top