Assalamualaikum,

Newcastle Disease merupakan salah satu penyakit yg paling ditakuti oleh mana2 farmer. Kesannya amat teruk, ayam akan mati hampir 95%. Berlaku di Johor, identiti lokasi reban dirahsiakan atas faktor2 tertentu.

Sahabat ni ternak ayam 50,000 ekor ayam sepusingan. Dlm pusingan lepas, ayam dia kena serangan ND. Bermula umur 9 hari. Ayam start mati banyak. Dan kematian meningkat dan terus meningkat sampai ke tahap tak boleh dikawal lagi.

Akhirnya, hanya 1000 ekor ayam yg boleh dijual. Ayam2 lain semuanya mati akibat sakit ND. ND merupakan sejenis virus yg amat berbahaya... Utk mencegah virus ni, so kita kena vaksinkan ayam dengan ND + IB pada umur 10 hari... Kalau dah bubuh, insya Allah. Ayam tak kena virus ni..

Ayam mati bergondol-gondol.. Bermula umur 9 hari...

Ayam jadi mandom. Kepala jadi bengkak dan tak aktif langsung...

Bila cek punggung, 'bursar' dah besar. Mengesahkan yg ayam ni kena serangan virus...

Ni usus perut ayam. Biasanya warna pink. Tapi, disebabkan kena sakit, bertukar jadi warna kuning.... Macam bernanah yg berlendir..

Ni pulak esofagus ayam tu... Berkerutu.... Kalau ayam yg elok, biasanya licin.
.
Melihat kesan teruk ND terhadap ayam, sy pun tak berani la nak skip vaksin ND kali ni. So, this time. Buat vaksin, Lain kali, tengok dulu..
.
Mudah2an, Allah pelihara... Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top