Assalamualaikum,

Pulang saja dari Umrah, April 2010... Hati sy dan Maria terpanggil untuk menunaikan haji. Sejak balik dari Umrah, kami berdua membuat persiapan untuk menunaikan haji. Pertama sekali, kami baru mendaftar utk mengerjakan haji.

Bila sy register hujung bulan April 2010, kami dimaklumkan kami akan pergi menunaikan Haji pada tahun 2032. Masya Allah. Lagi 22 tahun.... Punyalah lambat lagi.. Kami bertanya apa prosedur utk kami pergi awal. Pegawai di LTH kata, kalau nak pergi Haji awal, boleh buat rayuan sebaik jemaah Haji tahun sebelumnya balik ke Malaysia.

Kami merancang utk pergi menunaikan Haji pada tahun hadapan. Insya Allah, sekiranya diizinkan Allah.. Buat masa ni, kami hanya merancang dan membuat persiapan apa yg perlu. Sama ada kami boleh pergi Haji tahun hadapan atau pun tak, kami serahkan kepada Allah.

Langkah pertama yg kami ambil, register utk menunaikan haji. DONE. Langkah kedua, mengumpul duit. Seorang sekitar RM20k. Dua org RM40k. Ni estimation saja. Sebab kami rancang untuk pergi menunaikan haji menggunakan pakej. Berdasarkan survey yg kami buat, kebanyakan travel agen skrg ni minta sekitar RM17k ke atas seorang utk pergi menggunakan pakej.

Buat masa ni, dlm tempoh 5 bulan kami berdua mengumpul duit, Alhamdulillah... kami dah berjaya mengumpul separuh dari jumlah yg diperlukan. Insya Allah, mudah2an Allah permudahkan urusan kami untuk mengumpul wang bagi tujuan ini....

Seterusnya kami berdoa, "Ya Allah, sekiranya Kau takdirkan kami pergi menunaikan haji pada tahun hadapan adalah yg terbaik utk kehidupan kami di dunia dan akhirat, permudahkanlah urusan kami ke arah ini. Sekiranya Kau takdirkan kami pergi menunaikan haji pada tahun hadapan bukan yg terbaik utk kehidupan kami di dunia dan akhirat, maka Kau gantikan lah masa lain yg lebih sesuai utk kami menunaikan Haji.."

Mudah2an, Allah tetapkan masa yg terbaik utk kami pergi menunaikan haji... Dan Insya Allah, kami plan utk pergi menunaikan haji tahun hadapan dengan Ibu Bapa Maria... Ini hanya perancangan, selebihnya.. kami serahkan kepada Allah.

Masa gi KL 2 minggu lepas, sy ke kedai buku dan nampak buku tajuk Haji Muda.. Sy tengok preview buku ni macam best, so sy pun beli la buku ni... Beli aja.. Baca belum lagi... Hhehehe...

Buku Haji Muda ni kesinambungan buku Travelog Haji, Merubah Sempadan Iman. Sy dah baca buku Travelog Haji dan memang best... Banyak pengalaman org tu yg bermanfaat utk para jemaah yg nak ke Haji.

Tadi, sy ke Kedai Tape & CD, jumpa CD Ceramah MP3 dari Ustaz Shamsuri. Himpunan Kuliah Bab Haji. Sy tengok ada 15 Tajuk dan macam menarik. So, sy pun beli la utk dengar ceramah2 berkaitan Haji...

Siri ke-2. Juga ada 15 ceramah. Harga setiap satu RM18 x 2 = RM36. Bila nak beli CD ni, mula2 ingat nak beli yg tak original. Baru RM5. Tapi, takut nanti tak barakah pulak. Beli la yg original.. Insya Allah, tak rugi pun kalau nak dibanding dengan ilmu yg terkandung dlm CD2 ni..
.
To all reader, sy sarankan pi lah register nama di Tabung Haji utk menunaikan Haji. Walaupun kita tak plan nak gi haji dlm masa terdekat. Sebab kita register sekarang pun tak tahu tahun bila kita boleh pi... Mudah2an niat kita dipermudahkan Allah..
.
Semoga apa yg kami rancangkan dipermudahkan Allah... Kita merancang, Allah juga merancang, perancangan Allah lebih baik....
.
Wassalam

1 comments:

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top