Assalamualaikum,

Ayam hari ni umur 33 dan 32 hari di kedua2 reban. Alhamdulillah, setakat hari 32 ayam menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Bila di timbang pada hari ke 32, ayam jantan seberat 1.9kg dan berat ayam betina 1.68kg. Kalau ikutkan berat ni, tanda2 positif dah nampak. Tapi, sebagai penternak ayam, sy tak leh nak kata apa2 sebab ayam ni belum jual lagi. Macam2 problem boleh terjadi. Tapi, sy harap semua berjalan lancar dan tak dak masalah. Aminnn...

Berdasarkan apa yg sy sembang dengan kawan2 penternak ayam CP, ayam2 CP skrg banyak yg menjadi. Ada sorang kawan di Tasek Gelugor, ayam dia jual hari 38, berat jantan 2.5kg dan betina 2.0kg. Satu pencapaian yg amat baik. Kalau dapat berat yg mcm ni, insya Allah boleh dpt untung dlm RM1.30-RM1.50 seekor. Dia cakap kadar kematian dia pun bawah 2%. So, boleh la dia makan besar kali ni. Insya Allah, malam ni habis ayam dia jual.

Sorang kawan sy lagi yang ternak ayam dengan HPA baru habis jual ayam. Dia kata Alhamdulillah kali ni dia untung besar lagi.. RM1.5o seekor ayam. Perghhh.. Dia ternak 26k, so bayangkan berapa dia dapat. Tolak kos operasi dlm RM0.40, bayangkan dia untung bersih RM1.10 seekor. Alhamdulillah, sy tumpang gembira....

Hmm.. sy rasa cukup la dulu setakat ni. Lain kali sy update lain... Wassalam...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top