Assalamualaikum,

Ayam hari ni umur 36 dan 35 hari. Esok, insya Allah akan start jual ayam. Tadi staff CP di office dah call inform yg esok akan start tangkap ayam. Oklah tu, tangkap ayam start umur 37 hari, just nice la. Keluarkan yg betina dulu 2-3 lori, then baru kita keluarkan ayam jantan.

Masa ayam di timbang pada hari ke 35, average 30 ekor ayam jantan di EP11 2250g dan betina 1880g. Dan di EP07 jantan 2200g dan betina 1900g. Bagi sy berat ni dah ok. Macam pusingan lepasnya rekod gak. Kalau tiada aral melintang, insya Allah. Mudah2an murah rezeki lagi kali ni. Amin..

Tadi, pukul 11 pagi masa sy sedang buat keje sket kat belakang reban, tiba2 semua kipas stop. Letrik tak der. Fuh.. semua bangla sy berlari ke depan reban utk hidupkan genset dan kemudian ON balik semua kipas as per normal. So, utk sementara waktu, reban ayam sy menggunakan generator sebagai bekalan letrik.

Alhamdulillah, nasib baik generator sy well maintained. Bateri sy dah caj siap2. Dan dengan mudah boleh start generator tu. Minyak hitam pun sy dah tukar. Dan diesel pun dah siap tambah dlm tangki minyak.

Tanpa membuang masa, sy call TNB di hotline dia 15454 dan buat laporan. Selepas setengah jam, keadaan kembali normal dan bekalan letrik di sambung semula ke reban. Sy tak tahu apa masalah yg TNB hadapi. Tutup generator dan sambung balik ke TNB dan reban ayam jalan macam biasa balik...

Tengah hari tadi, kawan sy di Bagan Serai call. Dia pun ternak ayam tapi dengan HPA. Abg dia dah habis jual ayam dan dengar kata dapat RM1.50 seekor. Dan dia kata insya Allah dia boleh dapat dlm RM2.00 kali ni. Fuhh.. banyak tu.. Mungkin kali ni musim ramai org untung tinggi kot... Dan yg penting, Allah kurniakan rezeki lebih kepada para penternak kali ni... Moga tempias tu sampai ke sy gak. Amin..

Hmm. rasanya cukup dulu setakat ni. Esok pagi nak buat preparation utk tangkap ayam waktu petang. Banyak kerja2 perlu diselesaikan pagi esok.. Dan yg pasti, sy akan mula 'bekerja' selama seminggu setelah lebih sebulan 'bercuti'. Dalam dua bulan, itu aja masa sy kerja, waktu lain. Hmmm...

That's all for now. Wassalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top