Assalamualaikum,

Dah lama tak update gambar Farees. Skrg Farees dah 14 bulan. Dah big boy pun... Skrg Farees dah boleh jalan laju.... Dah start nak belajar cakap sket2. Dah banyak perkataan yg Farees boleh sebut skrg ni. Antara perkataan yg selalu dia sebut.. AYAM... Nenen.... Minahh ( Nama Bibik ), Ball, Jalan, Jom, Nak, No... Air... Opah, Wan, Kakak, Banana.... Tapi, kami semua hairan, sampai skrg, dia tak boleh sebut UMMI dan ABI. Penat ajar, tak boleh2 jugak..

Ni update gambar Farees yg terkini..

Ummi tukar point Kad Kredit dia dengan Tent ni utk Farees. Farees suka gila main dlm tent ni..

Muka baik aja duduk dlm tent. Kalau nak beli tent ni harga dlm RM145. Tapi, bila tukar dengan point kad kredit Ummi.. dapat la free.

Pintu masuk tent.. Dlm tent ada 20 biji bola utk dia main2..

Farees khusyuk tengok VCD kegemaran dia.. Alif Ba Ta..

Di reban, Farees suka main badminton... Nak pegang raket pun tak lepas.. Nak kena beli raket kecil utk dia la lepas ni...

Farees sedang tidur....

Farees mandi kolam dengan Ammar. Sepupu dia. Anak Pak Su Duha. Suka gila dia mandi dlm kolam ni. Mandi lama sangat, sampai demam keesokannya...

Farees tertidur dlm kereta on the way to KL last week..

Bila dah jaga.... Terus jadi aktif. Bangun2 terus panjat sana sini...

Di Jaya Jusco Taman Keramat, nampak aja Dolphin ni.. Terus cakap NAKKKK.... Dan tak nak lepas... Terpaksa la Abi belikan... Di JJ, dia tak nak duduk atas troley. Asyik nak jalan sendiri...

Lepas dah letih, baru nak duduk atas troli..

Di KL, Farees dengan sepupu dia... Qalish dan Zikri... Anak Pak Lang dan Mak Lang...

On the way back from KL.. Farees dah boring.. So, habis dia keluarkan barang2 dari beg Ummi...

Farees.. di rumah.. buat2 cakap guna phone Ummi... Muka nak tido...

Farees gelak.. gigi dia lambat tumbuh sket. Skrg baru ada 4 batang. Org lain yg sama umur dengan dia dah ada banyak gigi... Tak pa lah, lambat tumbuh, lambat rosak... Skrg pun dah beli berus gigi dan ubat gigi.. Tiap2 pagi dan malam, dia akan minta Ummi gosokkan gigi dia...
.
That's all.. Update about Farees...
.
Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top