Assalamualaikum,

Ayam di EP11 dah berumur 8 hari dan EP07 berumur 7 hari today. Alhamdulillah, semalam sy timbang ayam di EP11 dan berat ayam di sana 196g utk jantan dan 195g utk betina. Kalau ikut standard, berat utk 7 hari adalah 160g ke atas. Kalau diikutkan berat ni, insya Allah.. mudah2an dimurahkan rezeki utk pusingan kali ni.

Setakat hari ni, kadar kematian di kedua2 reban amat rendah Alhamdulillah. Ayam pulak makan ikut jadual yg ditetapkan... So far so good. Cumanya, utk pusingan kali ni, CP minta semua farmer utk bubuh ubat vaksin ND (Newcastle Disease) kepada ayam. Sebab, dengar cerita banyak ayam di Johor yg kena ND. So, utk precaution, CP suruh semua farmer bubuh vaksin kepada ayam pada umur 10 hari utk cegah penyakit ND. Mudah2an, reban sy bebas dari sakit ni.. Amin..

Dipendekkan cerita, Kak Ros minta sy terangkan program lampu yg sy guna di reban sy. Program yg biasa sy gunakan mcm ni:

i ) Umur 1 - 7 Hari = Lampu ON pukul 8 mlm
ii) Umur 8 - 14 Hari = Lampu ON pukul 10 mlm
iii) Umur 15 ke atas = Lampu ON antara pukul 12 mlm - 3 pagi *

* Bergantung kepada ayam makan, kalau ayam makan kuat dan dedak habis sampai licin, kena buka lampu lewat sket. Dlm pukul 3 pagi. Kalau ayam makan slow, dan dedak tak habis, kena buka lampu awal sket.

Oklah... Rasanya, cukup dulu utk update ayam kali ni. Moga semua mendapat manfaat. Wassalam..

2 ulasan:

  1. salam,program lampu ni untuk reban tertutup sje ke?

    BalasPadam
  2. Hmmm.. nak cakap pun tak tahu. Sebab sy tak bela ayam sistem reban terbuka..

    Cek ngan kak ros and okaz..

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top