Assalamualaikum,

Dah lengkap ayam di kedua2 reban.. Dua2 dah masuk. EP11 masuk 18,000 ekor anak ayam dan EP07 masuk 26,000.

Kedua2 anak ayam ni datang dari Kuala Kangsar, baka COBB. Dan berat semasa datang 45g. Berat yg agak memberangsangkan. Kalau diikutkan pengalaman2 lalu, insya Allah. Peluang cerah utk buat duit lebih sket kali ni.. Amin.. Mudah2an..

Kalau tanya sy, nak ayam baka COBB atau baka ROSS, lebih baik bagi sy baka COBB. Baka COBB dia punya pembesaran memang 'superb'. Di tambah dengan penjagaan yg baik, ubat yg betul, makanan yg baik.... Insya Allah... agak mudah utk dpt untung RM1. But, definitely we hope for more.

So far, ayam yg datang tu sy tengok ok. Badan bulat, kaki berminyak... Aktif.. Not bad la.. Apa2 pun, nak tau anak ayam ni ok tak ok, kena tunggu 7 hari... Baru kita boleh tau anak ayam ni betul2 ok ka tak...

Utk anak ayam kali ni, CP dah bubuh ubat Gumboro pada anak ayam di kilang. So, kali ni tak perlu sy ber vaksin Gumboro di reban. Cumanya, CP minta beri Vaksin ND kepada ayam, sebab banyak ayam di Johor sekarang dah kena serang ND. Kematian bila kena virus ni boleh mencecah 30%. Siapa yg kena, bungkus la... So, CP WAJIBKAN semua farmer beri vaksin ND kepada ayam pada hari ke 10.

Skrg bulan puasa, panas pulak cuaca di sini. Amat bagus utk anak ayam... Anak ayam tak boleh terdedah dengan cuaca sejuk utk 14 hari pertama. Kalau sejuk, nanti ayam akan problem pada umu 20 hari ke atas.. So, kena jaga anak ayam betul2 supaya senang di kemudian hari nanti...

That's all.. Wassalam

6 comments:

  1. Tuan, saya menternak ayam kampung kacuk... Saya ada satu pertanyaan. Macam mana nak mengelakkan anak ayam mati bertindih waktu tidur malam?? saya masuk 700 ratus ekor, dgn memasang 7 biji lampu pemanas..

    ReplyDelete
  2. Alex, simple aja. Ayam berhimpit2 waktu malam KERANA anak ayam sejuk. Jadi anak ayam berhimpit2 utk memanaskan badan. Lagi sejuk suhu, lagi rapat ayam akan berhimpit. Lagi tinggi potensi utk anak ayam mati.

    Utk MENGELAK anak ayam berhimpit, guna heater. 7 biji Lampu mungkin tak dpt bagi suhu yg diperlukan anak ayam. Bila guna heater, suhu dlm reban akan panas dan anak ayam akan duduk berterabur. Anak ayam akan lebih sihat sebab kurang stress.

    Atau, tambah bilangan lampu. Pastikan setiap lampu tu guna yg 100W. Jgn guna yg Watt rendah.

    Tapi sebenarnya, hanya 20% daripada cahaya lampu di tukar kepada haba. Selebihnya, kepada cahaya. So, guna heater JAUH lebih baik dari guna lampu. Cumanya, kos tinggi sket..

    Harap membantu.. Wassalam

    ReplyDelete
  3. O.... TQ tuan... saya ada pernah dgr tentang heater... Di mana boleh saya beli heater ini?? Berapa harga 1 set heater?? utk pengetahuan tuan saya baru ternak ayam untuk pusingan ke-3... pusingan ke-2 agak okay... Yang ke-3 ni mati lebih sikit..

    ReplyDelete
  4. Heater boleh beli di Kedai barang2 yg jual peralatan ayam.

    Di Bukit Mertajam ada, nama Kedai Yam Heng. Terletak di Jalan BM - Kulim. Depan Caltex. Sebelah kedai Magnum 4D.

    Harap membantu. Wassalam

    ReplyDelete
  5. Ok En.Firdaus... Terima kasih atas segala tunjuk ajar.... Kalau ada ape2 masalah lagi saya akan merujuk kpd tuan.. TQ...

    ReplyDelete
  6. Ok En.Firdaus... Terima kasih atas segala tunjuk ajar.... Kalau ada ape2 masalah lagi saya akan merujuk kpd tuan.. TQ...

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top