Assalamulaikum,

Mohon maaf, hampir 10 hari tak update blog. Macam2 hal kat sini berlaku. Sibuk gila... Skrg, lapang sket baru ada masa nak update cerita ayam pusingan lepas.

Ayam pusingan lepas, CP tertangkap ayam betina dulu. Habis semua ayam betina di reban dia borong... Clear.. Yg tinggal ayam jantan saja. Mak aih... Bayangkan, kalau yg tinggal di reban ayam jantan saja..

FYI, ayam jantan membesar dengan lebih cepat berbanding ayam betina. So, siapa yg kena tangkap ayam betina dulu, tinggal ayam jantan di reban ada potensi utk untung tinggi.. That's what happen to me last batch.

Bila tinggal ayam jantan, ayam tu pulak terlebih saiz dari segi berat. Kalau 2.5kg, ada lagi Customer yg boleh pakai. Tapi, kalau dah saiz lebih dari 2.6kg-2.9kg... Tak banyak customer yg boleh pakai... So, CP terpaksa minta bantuan dari company lain utk clearkan ayam ni. Nasib baik ada company BM Lean Huat Chan yg pakai ayam besar. So, boleh dia tolong clearkan ayam jantan yg tertinggal tu.

Kali ni. CP pun hantar lori kilang jugak. Lori dari Senawang utk hantar ke kilang pemprosesan CP. Lepas ni kalau beli nugget, ayam dan sebagainya yg brand 5 Star, ada harapan termakan ayam sy..... Kali ni, 3 kali datang ke reban sy. Lori besar.... Tapi biasanya lori kilang akan sampai reban pukul 10 malam... Then, baru start tangkap.

Ni gambar lori kilang yg sampai. Satu lori 332 bakul. Penat gila tangkap ayam lori ni, lori besar sangat. Tak habis habis.

Ni gambar masa tengah turunkan bakul ayam dari lori. Biasanya, bila tangkap lori ni ambil masa 2 jam setengah. Penat gila... 30 minit turunkan bakul. Sejam tangkap ayam. Sejam lagi timbang ayam... Nak mandikan ayam lagi.. Fuhhh.. Boleh tahan la... Tapi, disebabkan lori ni aja yg boleh tangkap ayam saiz 2.7kg-2.9kg.. terpaksala terima lori ni dengan hati terbuka....

Ni pulak lori BM Lean Huat Chan. Lori ni 296 bakul. Dia hantar ayam ni pi ke KL.

Pekerja sedang timbang ayam. Lepas proses tangkap dah selesai...

Utk Okaz & Kak Ros, ayam kali ni Alhamdulillah. Terlebih besar. Ni berat utk 8 ekor ayam. Belum tolak bakul lagi 8kg. Berat bersih dlm 2.8kg seekor ayam. Tapi bukan semua ayam berat macam ni. Ayam jantan aja yg boleh dpt berat ni... Ayam betina dlm 2.2kg aja.

Alhamdulillah. Selesai tangkap dan timbang ayam satu lori 296 bakul. Selamat jalan ke KL. So, org KL.. ada kot yg termakan ayam sy..

Selesai tangkap ayam. Jual baja tahi ayam pulak. Aduh.. Kali ni ada dlm 3000 beg baja tahi ayam. Mak aih, mana nak jual. Banyak gila... Dah la last minit, ada org cancel 500 beg. Terpaksala sy ke hulu ke hilir nak mencari buyer baru nak ambil baja... Alhamdulillah.. last2 ada juga sorang Hj ni yg ambil baja tahi ayam sy 500 beg. Tapi dengan 1 syarat....

Syaratnya, sy mesti uruskan penghantaran beg ke ladang dia di Tanjung Piandang.. Then, kena susun siap di ladang sawit dia... Dia sanggup bayar sy RM4 sebeg utk semua kerja yg dibuat. Sy terpaksa gak la. Sebab skrg ni dah tak dak customer.. Nanti lambat keluar baja ni susah pulak nak cuci reban... Gambar atas ni, sy atas lori.. Hj tu ikut naik motor di belakang.. Kami kena buang baja ikut tempat yg dia suruh... Di semua pokok sawit dia...

Gambar pekerja2 sy sedang menyusun baja di pokok. Satu pokok, satu baja. Lepas susun, kena toreh beg tu... Supaya senang baja nak keluar...

Pekerja sedang menoreh beg baja dengan pisau...Satu pokok satu beg.

Antara pokok2 yg kami letakkan baja..
.
Alhamdulillah... semalam habis semua baja sy keluar... Sekarang start cuci reban. Sy skrg dlm stress.. Kena kejar masa. Ayam nak masuk next batch 23 dan 24 Ogos ni... Lagi beberapa hari saja. Agak tertekan.. Time is very limited...
.
So, summary utk pusingan lepas. Ayam di EP11 average weight 2.40kg. FCR 1.64. Mortality 2%. Ayam di EP07 pulak average weight 2.44kg. FCR 1.65. Mortality 2.5%.... Apa yg sy tulis ni, hanya org yg bela ayam saja yg faham how's the performance...
.
Sahabat sy, bela ayam di Batu Kurau. Average weight 2.49kg, FCR 1.60, mortality 2% untung dpt RM1.95. Mantap gila... Dia bela ayam tak pernah dapat untung kurang dari RM1.60 seekor ayam. Bagi sy, dia antara farmer yg paling cemerlang, gemilang dan terbilang... Memang pandai dia bela ayam.. Satu hari nanti rasanya nak kena gi jumpa dia gak la..
.
Rasanya, cukuplah dulu cerita ayam kali ni... Lain kali bersambung lagi...
.
Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top