Assalamualaikum,

Hari ini, hari ke 7 kita ummat Islam menunaikan ibadah puasa utk tahun 1431H. Seharusnya, kita bersyukur sebab Allah masih memberi kesempatan kepada kita utk bertemu dengan bulan Ramadhan tahun ini. Ramai dikalangan saudara mara kita, jiran-jiran kita yg bertemu dengan bulan Ramadhan tahun lepas... Tapi, tak berpeluang utk bertemu Ramadhan pada tahun ini kerana dijemput Illahi... Syukurlah..

Malam semalam, sy menunaikan Solat Isyak dan Terawih di Masjid Al Ansar, Taman Keramat. Bagi sy, Alhamdulillah.. sambutan penduduk Taman Keramat utk mengimarahkan Masjid semasa solat Terawikh boleh dibanggakan. Ramai anak2 muda turut serta menunaikan solat secara berjemaah di Masjid... Satu fenomena yg menyejukkan mata memandang...

Semalam, pihak Masjid menganjurkan Tazkirah Ramadhan selepas solat Sunat Terawih. So, semalam semua org bersolat 8 rakaat sahaja diikuti dengan Solat Witir. Ada beberapa point penting yg sy nak kongsi bersama apa yg disampaikan oleh ustaz.

1) Kita perlu bersyukur kerana Allah memilih kita utk berada dlm Ramadhan tahun ini. Dan kita perlu bersyukur kepada Allah kerana Allah memilih kita utk berada di Masjid menunaikan solat secara berjemaah dan mendengar tazkirah. Kita datang ke Masjid bukan sebab kita yg nak datang, tapi kita datang ke Masjid sebab ALLAH YG TELAH MEMILIH KITA DATANG. Kalau Allah tak pilih kita, pasti kita tak dapat hadir... Maka bersyukur lah mereka yg DIPILIH.

2) Ramadhan dah memasuki hari ke-7, kita berterima kasih kepada pihak masjid yg mengatur majlis tazkirah utk dihayati dan dipelajari bersama. Majlis ilmu sebenarnya amat penting, kerana menuntut ilmu hukumnya wajib. Pahala menuntut ilmu lebih besar dari pahala menunaikan solat sunat. Jadi, program tazkirah amat berguna utk meningkatkan ilmu pengetahuan org ramai supaya lebih kuat beribadah pada Ramadhan kali ini.

3) Ramai org yg berebut2 utk mencari pahala dengan melakukan pelbagai amal ibadah di bulan Ramadan kali ini. Ini kerana mereka berilmu... Ilmu yg mereka peroleh dari program2 tazkirah... Walau bagaimana pun, LEBIH ramai yg buat Ramadhan kali ini macam biasa... Seolah2 Ramadhan ini tiada apa yg istimewanya.... Walaupun ramai yg datang ke Masjid utk bersolat secara berjemaah, LEBIH ramai di kalangan masyarakat yg duduk di rumah walaupun tiada sebarang keuzuran. Bersyukurlah mereka yg ALLAH pilih utk berada di rumah Nya...

4) Sudah 6 hari Ramadhan berlalu, tanyalah diri kita apa ibadah yg telah kita lakukan. Atau, Ramadhan kali ini berlalu seperti bulan2 lain... Adakah kita memperbanyakkan membaca Al Quran. Adakah kita memperbanyakkan zikir kepada Allah. Bagaimana dengan amalan solat sunat kita? Solat Dhuha, Solat Rawatib, Solat Terawih, Solat Tahjud, Solat Taubat, Solat Hajat...... Kalau kita belum lagi menunaikan solat2 ni.... Renung2kan lah.... Dalam sebuah hadis ada mengatakan, "Celakalah siapa yg keluar dari bulan Ramadhan ini tanpa mendapat pengampunan dari Allah". Bagai mana kita nak mendapat keampunan dari Allah kalau kita tidak mempertingkatkan amal ibadah di bulan ini.. Sama2 kita fikirkan. Apa yg kita buat, adalah utk diri kita.. Bukan utk org lain...

5) Semua amal ibadah yg kita lakukan mesti di mulai dengan Ilmu. Ingatlah, tidur org yg berilmu lebih baik dari solat 1000 rakaat org yg tak berilmu. Dan tidak akan ada ilmu kalau kita tak menghadiri majlis2 agama. Tidak meluangkan masa mendengar ceramah2 agama... Dan utk semua ini, kita kena menghadirkan diri ke masjid. Ingatlah, hanya insan2 terpilih saja yg akan menghadirkan diri ke masjid.. Moga kita tergolong dalam golongan INSAN TERPILIH itu.

Kepada para pembaca, sy menyeru kita semua termasuk diri sy sendiri... Marilah kita merebut segala peluang yg Allah berikan kepada kita di bulan ini. Segala amalan sunat akan diberikan pahala yg menyerupai amalan wajib di bulan lain, dan amalan wajib dilipatgandakan pahalanya pada bulan ini...

Kalau sebelum ini, kita belum cukup kuat beribadah kepada Allah.. rebutlah 23 hari yg terakhir ini utk all out... Utk mendekatkan diri kita kepada Allah....Ramadhan tahun depan belum pasti menjadi milik kita lagi... Ayuh.. jangan tunggu sampai esok... INGATLAH ALLAH SEMASA KITA SENANG.... mudah mudahan ALLAH INGAT KITA SEMASA KITA SUSAH....

Sekian... Wassalam.. Salam Ramadhan

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top