Assalamualaikum,

Anda nak bela ayam daging? Baca entry ni sampai habis. Then, think about it.....
.
Di Batu Kurau, Perak. Ada sorang farmer CP.. Nama Johari.. dia dah ternak ayam lama. Total ternakan dia 16,000 ekor ayam sepusingan. Setiap pusingan, dia akan mendapat untung tak kurang dari RM1.60 seekor. Setiap pusingan dia akan mendapat untung yg tinggi. Pusingan lepas, dia dapat untung RM1.95 seekor ayam. Bayangkan, org lain bela ayam dua pusingan, dia hanya ternak ayam satu pusingan untuk dapat keuntungan yg sama.. Gilaa..... Gila..... Hebat... Terlalu hebat...
.
Tak palah.. ni cerita yg terlalu manis nak didengar... Lagi pun, dia sorang saja yg boleh dapat untung tinggi macam tu. Org lain kalau dpt untung pun tak banyak macam ni...
.
Tadi, sy ada call sorang kawan lama.. Dia ternak ayam dengan CP dah hampir 12 pusingan. Hampir setiap pusingan dia ternak ayam dan rugi.... Tak tahu di mana silapnya, sy ada beberapa kali ke reban dia.... Sy nampak macam ada beberapa masalah management di reban. Sy dah advise macam2, tapi mcm tak jalan.... Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan...
.
Sy ada cakap kat dia, datang la ke reban sy.. Belajar dengan sy.. Tengok macam mana sy bela ayam... Sy willing nak tolong dia secara percuma... Tapi, dia tak nak datang. Bila sy panggil, macam2 alasan dia bagi.. Sibuk la... Jauh la... dan macam2 lagi..
.
Malas nak cakap lebih.. sy pun biar aja la... Bukan sy tak nak tolong dia.. Dia yg tak nak tolong diri dia sendiri... Bila org ajar macam ni, dia buat macam ni... Macam mana nak ayam nak menjadi macam org lain..
.
Disebabkan dia selalu rugi bila ternak dengan CP, dia dah berhutang dengan CP RM16k. Pusingan lepas dia rugi lagi RM8k. Menjadi jumlah hutang RM24k. Dan skrg dia tengah jual ayam.. Dan still, dijangka rugi sekali lagi sekitar RM6k. Hutang mungkin meningkat ke RM30k.
.
Kadang2, sebagai farmer sy rasa geram jugak.. Macam mana org lain bela ayam dengan CP boleh untung, dan dia bela ayam dengan CP boleh rugi sampai macam tu.... Nak kata anak ayam CP tak elok, tak boleh.. Sebab kali ni semua farmer dapat anak ayam dari baka yg sama. Semua dari Kuala Kangsar, Baka COBB dan anak dari CODE A & E. Basically, semua dpt baka anak ayam yg sama. Dan semua farmer dapat dedak dari sumber yg sama...
.
So, this time.. kalau siapa yg bela tak untung.. confirm management problem... Bila sy tanya brother ni pakai ubat ayam apa. Dia cakap dia beli ubat luar. And then, kos ubat ayam dia this batch RM5k.. Mak aih.. tinggi gila.... Dah pakai ubat ayam mahal, ayam tak elok pulak tu...
.
Satu advise sy, kalau kita nak pakai ubat luar.. make sure dah ramai farmer yg pakai ubat tu dan dah terbukti ubat tu berkesan. Jangan asyik percaya cakap salesman... Dia nak meniaga... Mesti dia kata ubat dia bagus... tanya farmer2 lain yg dah pakai ubat tu.. The point is, tanya farmer lain.... bukan percaya 100% dengan salesman ubat tu..
.
Bela ayam.. bukan semua pusingan kita akan untung besar.. Ada kalanya untung besar, ada kalanya untung nipis, adakalanya balik modal.. dan ada kalanya rugi sket.. Biasalah, ni adat org meniaga...
.
Sesiapa yg nak bela ayam... mesti mempunyai keazaman dan keyakinan yg tinggi... Financial kena kukuh... Ternakan ayam memerlukan modal yg amat tinggi.. untung yg tinggi dan risiko yg tinggi.. So, sesiapa yg nak join this business... kena fikir betul2.. Make sure buat solat istikharah... Minta Allah beri petunjuk yg terbaik..
.
Oklah... Moga advise ni boleh memberi manfaat.. Bukan sy nak menakutkan. Cuma nak mengingatkan....
.
Wassalam

1 comments:

  1. macam mana nak contact akak eh? nak tanya & survey2 sikit pasal bela & bisnes ayam ni. :)

    ni email saya.

    mohdsyafiq.mohdsaid@gmail.com

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top