Assalamualaikum,

Semalam, sy dan pekerja buat beberapa maintenance di reban. Skrg ayam tak dak di reban. Dan reban dah siap dibasuh. Sementara menanti anak ayam baru sampai, elok buat maintenance apa yg perlu.

Ada kayu di stor yg reput. So, kena tukar ngan kayu lain. Terpaksa repair. Lepas tukar ni, seluruh stor ni akan disimenkan. So, tak dak masalah nak reput lagi.

Pekerja sedang memotong kayu utk diganti di stor.

Ni pulak, sedang buat pintu baru. Ada satu pintu yg reput. So, tukar pintu dengan yg baru. Punca reput ni sebab selalu kena air sebab atas tak dak bumbung. Tapi sekarang, sy dah bubuh bumbung. Insya Allah lepas ni tak reput lagi.
.
Insya Allah, kalau tiada aral melintang, ayam akan masuk di EP11 esok dan di EP07 hari Selasa. Dengar kata sekarang CP hanya produce baka Cobb. Baka COBB memang bagus. Mudah2an, untung lebih kali ni. Amin...
.
Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top