Assalamualaikum,

Sy dengan rasa suka citanya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca di blog ini yang telah membuat sumbangan melalui saya utk Majlis Berbuka Puasa di Surau Simpang Empat, Kg Kedah.

Hasil sumbangan org ramai, sy berjaya membuat kutipan berjumlah RM1891. Dan saya sudah serahkan kutipan ini kepada Bendahari Surau. Hasil sumbangan org ramai, pihak surau dapat menganjurkan Majlis Berbuka setiap hari. AJK-AJK surau yg lain turut membuat kutipan dan semuanya digunakan utk Majlis Berbuka Puasa di surau. Walau bagaimanapun, seandainya terdapat lebihaan duit dari kutipan ini, pihak surau meminta izin daripada semua penderma utk digunakan duit itu utk kegunaan surau bagi aktiviti2 seterusnya yg dianjurkan surau.

Gambar para jemaah sedang menunggu masa berbuka.
.
Setiap hari, sekitar 50 jemaah akan berbuka puasa di sini. Mudah mudahan, segala sumbangan kita akan diberkati Allah. Sekali lagi, terima kasih kepada semua mereka yg menderma.
.
Wassalam
.
* Mulai hari ini, kutipan utk Majlis Berbuka ini DITUTUP. Sy harap tiada lagi yg transfer duit ke akaun sy mulai hari ini.

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top