Assalamualaikum,

Dah terlalu lama rasanya, sy nak menulis bab ni.... Tapi, setiap kali nak tulis.... feel tak datang.. Tak boleh tulis. Pernah sy taip separuh jalan topik ni, lepas sy baca balik... Sy sendiri rasa boring dengan apa yg sy tulis.. Sy cancelkan niat tu.... Terus sy delete Draft utk entry tu. Dan ntah mcm mana, sy rasa petang ni feel tu datang balik. So, sy nak ambil kesempatan utk nak kongsi dengan para pembaca mengenai aurat wanita....

Berdasarkan pemerhatian sy dlm kehidupan masyarakat hari ni, tak kira sama ada di kampung.. lebih lebih lagi di bandar... sebahagian besar kaum wanita tidak memakai tudung dan menutup aurat dengan sempurna...

Entry sy kali ni, bukan sy nak bercerita mengenai perempuan2 yg tak bertudung.... Sebab org yg tak bertudung ni, kalau kita tulis macam mana pun... susah utk dia org nak terima.. Tetapi, entry sy kali ni lebih kepada mereka yg bertudung... tetapi masih belum sempurna...

Sy ada sembang dengan seorang kawan @ ustaz mengenai kes ada sesetengah perempuan yg tak pakai tudung sebab memberi alasan, walaupun mereka tak bertudung, hati mereka lebih baik daripada mereka yg bertudung... Allah melihat pada keikhlasan di hati... Allah tak pandang luaran....

Simple aja dia cakap macam tu... kepada mereka yg cakap macam ni... senang aja nak jawab... "Mereka yg tak pakai tudung, confirm akan DIMASUKKAN ke dalam neraka dahulu walau sebaik mana pun hati mereka sebagai balasan tidak menutup aurat ... DAN mereka yang bertudung pasti akan terselamat dari siksaan api neraka kerana menutup aurat WALAUPUN mereka akan dihukum atas dosa2 lain yg mereka lakukan"....

Dan hukuman bagi mereka yg mendedahkan aurat rambut mereka adalah mereka akan digantung dengan rambut mereka di dalam neraka dan dinyalakan api yang marak menyala dari bawah kaki mereka.. Kalau apa yg didengar ni tak menggerunkan hati mereka..... tunggulah... bila datang hukum Allah nanti.. waktu tu, mereka akan menyesal.. menyesal yg tiada kesudahannya....

Alhamdulillah, ramai juga kenalan sy dan saudara mara sy yg menjaga aurat mereka... Sy tengok ramai yg memakai tudung apabila mereka keluar dari rumah.. sama ada pergi kerja ataupun keluar bershopping... Bagi sy, mereka ni dah mengikut apa yg Islam gariskan dalam satu aspek....

Tapi, aurat wanita bukanlah semata mata memakai tudung sahaja... Perkara HARAM yg dah dibiasakan masyarakat kita ialah, memakai tudung TETAPI memakai pakaian yg berlengan pendek. Mereka menyangka lengan tangan mereka bukan aurat yg berat utk dijaga... Tetapi, sedarlah... hukumannya tetap sama di akhirat kelak.. tangan mereka akan DIBAKAR oleh api neraka....

Lagi satu, pemakaian stokin bagi menutup kaki... Dari apa yg sy lihat, majoriti wanita tidak memakai stokin apabila mereka keluar dari rumah sama ada utk pergi kerja atau pun shopping... Mereka sangka tiada siapa yg lihat kaki mereka, sedangkan itu adalah sebahagian dari aurat yg mereka perlu jaga.... Dan sekiranya mereka mendedahkan kaki mereka, kaki mereka itu akan DIBAKAR oleh api neraka yg marak menyala...

Dlm hal ini, sy bersyukur... Alhamdulillah.... isteri sy Maria setakat hari ni mampu menjaga aurat seperti yg digariskan oleh Islam.. Mungkin ada sedikit-sebanyak kekurangan yg masih lagi boleh diperbaiki.. Kalau tak, susah juga sy sebagai suami nak menjawab diakhirat kelak atas segala kesilapan yg dilakukan isteri sy... Dulu, Maria agak keberatan utk memakai stokin dlm keadaan2 tertentu.. Tapi, SEBAGAI SUAMI, sy BERKERAS dan kata.. kalau tak pakai stokin.. jangan keluar dari rumah. Dan kalau keluar jugak, sy cakap... Sy dah arahkan dia pakai stokin... Diakhirat esok.... SILA TANGGUNG DOSA SENDIRI. Dan Alhamdulillah... dia mudah menerima ARAHAN dari sy ni...

Satu masa dulu, Maria sering juga memakai pakaian yg agak kecil.... Maksud sy tak cukup longgor.. Tapi, Alhamdulillah, sejak kami balik dari Umrah.. Dia bermujahadah utk 'BUANG' semua baju2 yg tak cukup longgar, dan beli BAJU BAJU YG sedikit longgar yang kurang menampakkan bentuk badan...

Dan dulu pun, Maria sering memakai tudung yg jenis kain bawal yg agak nipis... Dan kadang kadang menampakkan leher bila membelakangkan cahaya matahari yg terang.. Biasalah, bukan senang kita nak menegur isteri kita... Tapi, Alhamdulilah.. selepas pulang dari Umrah, dia bermujahadah utk 'BUANG' semua tudung bawal yg nipis tu dan digantikan dengan TUDUNG LEBIH TEBAL KAINNYA dan lebih labuh sehingga menutup dada... Alhamdulilah, sy bersyukur... Sekurang2nya... kurang sikit beban sy diakhirat kelak nanti utk bertanggungjawab di atas kesalahan2 isteri.

Satu lagi, perkara yg amat penting tapi sukar untuk dilakukan.... Disebabkan perkara ni dah macam jadi tradisi dlm sesebuah keluarga. Kita telah terdidik dengan suasana macam ni...

Apabila berada di rumah, dan didatangi oleh saudara mara kita... kita tidak menutup aurat. Isteri kita menutup aurat, dengan alasan yang datang tu adik beradik kita... Perkara ni memang sukar untuk kita lakukan... Macam mana nak mendidik isteri kita supaya faham yg dia WAJIB MENUTUP aurat jika yg datang tu bukan MAHRAMNYA. Ada yg menganggap sepupu tu mahram, sedangkan mereka bukan mahram. Ada yg tak menutup aurat bila abg ipar atau adik ipar lelaki datang ke rumah, kerana mengatakan mereka ini keluarga terdekat kita. Sedangkan, mereka ni juga bukan MAHRAM utk isteri kita..... Dosanya tetap sama seperti kita menayang aurat kepada lelaki lain. Dan hukumannya tetap sama, RAMBUT DIIKAT DAN DIGANTUNG SERTA DINYALAKAN API YANG MARAK MENYALA DARI BAWAH KAKI MEREKA.

Isteri sy, Maria ada pengalaman ni. Sebelum kami berkahwin, dia memang tidak memakai tudung ketika berada di rumah semasa abg ipar dia ada di rumah.. Dan, bila sy menasihati dia utk memakai tudung... Agak sukar utk dia mulakan.. Kerana suasana di rumah dia yg dah memang macam tu...Semasa dia memakai tudung DI DALAM rumah buat kali pertama kerana ada abg ipar masa tu, kakak ipar dia bertanya "Nak ke mana sebab bertudung?"

Ni lah salah faham org kita hari ini. Kita bukannya memakai tudung menutup aurat bila diluar rumah sahaja. Kita menutup aurat APABILA ADA LELAKI BUKAN MAHRAM BERSAMA KITA. Kalau luar rumah TIADA LELAKI LANGSUNG, maka tak wajib memakai tudung masa tu. Tetapi kalau di dalam rumah kita ada LELAKI BUKAN MAHRAM. Maka hukumnya WAJIB BERTUDUNG.....

Perkara ini dianggap remeh oleh sebilangan besar masyarakat kita hari ini. Terutama menjelang hari raya. Apabila semua adik beradik kita berkumpul, ada di antara isteri2, adik2 perempuan kita yg tidak bertudung.... Sy rasa, perkara ni perlu diaddresskan supaya kita faham bila WAJIB MENUTUP AURAT.

Alhamdulillah, sy bersyukur... Di rumah sy, kami semua faham isu ini. Dan apabila abg2 sy balik ke rumah, isteri2 mereka dan isteri sy bertudung WALAUPUN berada di dalam rumah.... Sy bersyukur, Allah memberi hidayah kepada kami semua.. Frankly speaking, bukan senang nak membina suasana macam ni dalam satu keluarga yg besar.... Bila semua balik sekali...

Dan lagi satu, yang terakhir... Aurat kita dengan PEMBANTU RUMAH KITA. Sedarkah kita, kita adalah pemimpin kepada PEMBANTU RUMAH kita. Dan setiap PEMIMPIN BERTANGGUNG JAWAB ATAS APA YANG DIA PIMPIN.

Sy dah cek dengan beberapa Ustaz.. Pembantu rumah WAJIB MENUTUP AURAT ketika berada di dalam rumah SEMASA ADA LELAKI di dalam rumah. Dalam hal ini, sy berasa sedikit sedih... Ramai di antara sahabat dan saudara sy yg MENJAGA AURAT isteri mereka, tetapi tidak mengambil berat AURAT PEMBANTU RUMAH MEREKA. Sedangkan, hukumannya tetap sama. Sebagai pemimpin keluarga, suami BERTANGGUNG JAWAB sepenuhnya sekiranya sesiapa di bawah tanggungannya yg tidak menutup aurat. Tak kiralah, sama ada isterinya, anak perempuannya, atau pun pembantu rumah nya... Dosanya tetap sama, dan suami BERSUBAHAT kerana tidak memastikan mereka menjaga aurat mereka. Dan dlm kes ni, di akhirat nanti.. ketua keluarga itu nanti akan TURUT DIHERET MASUK KE API NERAKA... Nauzubillah...

Sekali lagi sy bersyukur dlm hal ni. Semasa agen pembantu rumah tanya ciri2 pekerja yg sy nak, sy cakap. Syarat pertama PEMBANTU RUMAH sy mesti bertudung. Dan Alhamdulillah, pembantu rumah sy bertudung sama ada di dalam ataupun diluar rumah. Sekali lagi, mudah2an, sy terlepas dari azab2 di akhirat kelak..

Kepada para pembaca, sahabat handai dan saudara mara, sy harap kita lebih prihatin akan isu ini selepas ini. Sebagai pemimpin, kita bertanggung jawab penuh atas segala apa yg kita pimpin. Jangan mengambil mudah hal ini... Kerana kita PASTI tidak mampu menanggung kepanasan api neraka nanti...

Sekiranya sebelum ni, kita mengabaikan tanggung jawab ini... maka bertindaklah dari sekarang. Mudah2an, Allah mengampunkan dosa kita yg terdahulu.

Lastly, marilah kita sama2 menontoh klip video di bawah.. .Mudah2an kita semua mendapat iktibar dan bertindak dari sekarang. Untuk kebaikan kita, di dunia dan di akhirat....

Wassalam...

1 ulasan:

  1. alhamdulillah..beruntungnya isteri saudara kerana mempunyai suami yg prihatin seperti saudara..mungkin saya juga perlu memulakan kesedaran dalam keluarga saya..

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top