Assalamualaikum,

Ayam hari ni di EP11 umur 11 hari dan di EP07 10 hari. Berdasarkan timbangan ayam pada hari ke 7, anak2 ayam ni menunjukkan prestasi yg memberangsangkan. Berat di EP11 jantan 200g dan betina 191g. Berat di EP07 jantan 195g dan betina 196g. Kedua2 reban menunjukkan prestasi yg baik. Alhamdulillah...

Sebelum ni, dlm 2 tahun lepas... Agak sukar sy nak mendapat anak ayam melebihi berat 180g pada umur 7 hari. Tetapi, Alhamdulillah... lepas menempuh pelbagai pengalaman dan cabaran. Ilmu dlm ternakan ayam makin bertambah. Dan skrg, sy dah tahu cara2 utk mendapat berat ayam yg konsisten setiap pusingan. Macam2 law nak kena ikut. Bukan main bela aja... Banyak pantang larang nak kena ikut...

Dan pusingan ni, sy ada pakai ubat baru. Di CP branch Ipoh, ramai penternak yg dpt untung RM2 utk seekor ayam. Tinggi tu. Lepas sy call 2 penternak, sy ada tanya macam mana depa ni ternak ayam... Hairan bin ajaib... Depa ada share la pasal ada ubat baru yg dia org pakai. Ubat ni agak mahal tapi berkesan. Disebabkan dah dengar 2 org bercakap benda yg sama. Sy rasa sy wajar mencuba ubat baru ni. Ubat baru ni sy akan cerita dlm entry lepas ni...

Husin sedang membancuh ubat ayam dlm tong air 250 gelen. Ni vitamin jenis Taipan...

Bacu sedang menukar air kosong ke dalam 1 gelen drinker.

Husin mengangkat air one gallon drinker masuk ke dalam reban. 6 bekas air sekali gus.

Bekas air dan bekas makanan yg dah siap disusun dlm reban. Anak ayam pulak berselerak di seluruh reban.

Lagi gambar dlm reban. Ada minuman automatik guna nipple line... Gambar atas ni rasanya masa umur ayam 8 hari kalau tak silap...
.
That's all for now. Lepas ni, entry pasal ubat ayam pulak. Yg baru.... Wassalam

3 ulasan:

  1. br dgr 2 org blm tentu soheh lg. Apa yg anda lakukan sblm ini dah terbaik. Jgn nati terbalik.. Tp mencuba itu satu pengajaran..

    BalasPadam
  2. 4-5 tahun lepaih CP tak bagi pakai ubat/vitamin yang dia tak endorse walaupun ubat/vitamin tu ok by JPH etc. Ada member yang pakai kena black listed; depa bagi anak ayam yang tak boleh perform, lambat ambik ayam, dll. Sampai bengkok kawan tu.

    La ni dah ok kot.

    BTW, kat Dubai ni, ayam kat supermarket lebihkurang DHS15 sekoq (1Kg). Kat market, betoi-betoi fresh punya, sekoq DHS13. (DHS1 = RM0.90)

    Yang murah, ayam beku dari Brazil, sekoq DHS9. Tapi yang ni lemak punyalah banyak, & rasa pun tawaq.

    BalasPadam
  3. Thanks for ur advise. Mencuba tak salah, kalau sy tak mencuba.. sy takkan tahu. Tapi sebelum cuba, sy dah cek dengan Teknikal CP... Dan dah approve, baru kita try. Kalau tak, tak berani gak nak try...

    Kena berani mencuba, tapi sy hanya akan cuba benda yg org lain dah buat.... Dan dah terbukti dia buat 2-3 pusingan. Dapat result konsisten...


    Dulu masa sy bela teruk pun, sy cuba gak utk berubah.. Ubah sket2.. sampai last2 dpt formula yg terbaik. Dan formula ni kena sentiasa di update mengikut keadaan semasa.

    Tapi, bila nak ubah sesuatu, jgn keterlaluan... ambil yg pertengahan.. Itu yg terbaik... Like what u said, mencuba itu satu pengajaran....

    Good men learn from their mistake.. Wise men learn from other's mistake..

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top