Assalamualaikum,

Entry kali ni adalah mengenai infak. Utk makluman semua, surau di depan rumah sy, Surau An Najah Simpang 4, Kg Kedah, Parit Buntar telah mengamanahkan sy untuk mengutip dana bagi membiayai program berbuka puasa dan aktiviti surau ini.

Semua hasil dana yg dikutip akan digunakan untuk majlis berbuka puasa yang akan di adakan di surau ini setiap hari sepanjang bulan Ramadhan. Wang ini akan digunakan untuk membeli makanan seperti nasi dan lauk, bihun, laksa, murtabak dll utk diberi makan kepada lebih kurang 50 orang jemaah setiap hari di surau ini.

Sepanjang minggu ini, dah ramai yg sy jumpa dan bila jumpa sy mesti minta sket sumbangan utk surau. Pelbagai pengalaman menarik yg sy jumpa. Pertama, sy minta kepada org yg miskin. Bekalan elektrik dan air di rumah dia dah beberapa kali kena potong, sebab kekurangan duit utk bayar bil. Bila sy minta, dia kata esok dia akan bagi. Hari ni dia nak pi berniaga dulu.. Nanti bila ada untung sy bagi.

Keesokan harinya, bila dia jumpa sy.. Dia bagi RM30. Masya Allah... Sy tanya dia betul ka banyak ni. Dia kata, tak pa lah, Allah beri rezeki lebih sket kat dia kali ni. So, dia bagi la sumbangan. Lagi pun dia kata besar pahala bagi org bukak puasa. Sy ni, kerja teruk.. Amal ibadah kurang.. Harap sumbangan ni dapat membantu... Perghh.... Tersentap hati sy.. Org miskin macam ni pun boleh sumbang RM30. Pada pengamatan sy, pendapatan dia ni mungkin tak sampai RM700 sebulan...

Kisah kedua, sy minta dari org yg tak kaya.. tapi ada la kewangan yg kukuh... Bila sy minta, dia memberi seribu satu alasan utk tak bagi sumbangan. Sy pun hairan... bukannya sy nak minta RM50, RM100... kalau lah di sumbang RM3, RM5 @ RM10.. apalah salahnya. Tak terjejas pun duit dia.. Tapi biasalah.. manusia hanya memberi alasan demi alasan utk tidak membuat kebaikan.

Next..... sy minta sumbangan dari seorang Kemboja... Bila sy cerita, dia tanya berapa dia perlu bagi sumbangan? Sy kata la.. terpulang. Ikut kemampuan dan keikhlasan.... Dia tanya berapa biasa org bagi, sy cakap la.. Ada org bagi RM2, RM3, RM5, RM10, RM20, RM30, RM50. So, nak bagi berapa terpulang. Dengan mudahnya, dia keluarkan RM5. Sy ucapkan terima kasih kepada dia...

Pengajaran di sini... Allah memberi hati kita yg tak sama.. ada org miskin yg hatinya murni.. dan ada org kaya yg hatinya keras... Bersyukurlah kita.. sekiranya Allah menganugerahkan hati yg lembut kepada kita utk membuat amal kebaikan. Jika hati kita selama ni keras utk mengeluarkan sedikit duit kita utk Islam.. fikir2 lah.. Rezeki yg kita dpt selama ni pun Allah yg beri.. Kalau Allah tarik balik.. masa tu.. baru tahu langit tinggi rendah. Kita kena ingat Allah masa kita senang, supaya Allah ingat kita masa kita susah...

So, kepada tauke2 ayam yg baca blog ni.....dan para pembaca... Sy dengan suka citanya ingin memohon sumbangan tuan2 utk memberi sedikit wang kepada pihak Surau sy untuk menjalankan Majlis berbuka puasa sepanjang Ramadhan nanti. Sumbang lah seikhlas mungkin, sy tak kisah... Walau RM5 sekali pun. Mereka yg berminat utk menderma, boleh memasukkan duit sumbangan tu ke akaun Maybank sy, MOHD FIRDAUS BIN MAT SAAD. No akaun : 152116040160. Lepas dah bank in, boleh bagi tau melalui shoutbox, atau emel kepada sy.

Ingat lah, besar pahala memberi makan kepada org yg berbuka puasa. Pahalanya sama seperti org yg berpuasa tu, tak kurang walau sedikitpun.

Sekarang, terpulang kepada kita semua.... Moga Allah merahmati kita semua...

Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top