Assalamualaikum,

Sehingga pagi ini, pukul 7.15 pagi, 28 Julai 2010, jumlah kutipan adalah RM80. Mereka yg menderma adalah RM10 + RM 50 + RM 10 + RM10. Tiga penderma yg pertama menggunakan Online Banking dan penderma keempat menggunakan mesin deposit.

Sy sebenarnya bersikap terbuka. Tak kisah la berapa pun org nak sumbang. Sy terima seadanya. Walau pun hanya menderma RM10, sy tetap berterima kasih. Kita mungkin menderma sedikit kali ni, tapi kalau kita boleh buat amal menderma berdikit2, tapi secara konsisten... itu lebih baik dari kita bagi dlm kuantiti yg besar tapi hanya bagi sekali.. Lepas tu tak bagi dah..

Sebenarnya, amalan menderma sesuatu yg bagus. Sebab ia melatih diri kita untuk merasa ingin berkongsi apa yg Allah kurniakan kepada dengan org lain. Insya Allah, tak terjejas pun pendapatan kita bila menderma. Sebenarnya, percayalah... Kita 'miskin' bukan sebab kita kurang 'menerima', tetapi sebab kita kurang 'memberi'. Kalau kita lebih banyak 'memberi', Insya Allah.. lebih banyak yg kita akan 'terima'.

Kutipan masih dibuka sehingga hujung minggu ini. Mereka yg masih berminat utk menderma, boleh lagi memasukkan ke akaun Maybank sy. Mohd Firdaus Bin Mat Saad. No Akaun 152116040160.

Kepada yg nak menderma, tetapi 'sibuk' dan tak sempat nak bank in duit... kepada yg nak menderma, tetapi 'kekurangan' wang... jangan lupa... Niat dan Azam di dalam hati kita. "Insya Allah, nanti aku bagi". Azam betul2 dalam hati. Andai kata, kita tak terbuat. Kita masih dapat pahala niat.

Sekian. Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top