Assalamualaikum,

Pagi tadi, sy ke Bandar Baharu. Utk proses menyukat dan mencari batu perenggan. Tanah ni sy beli awal tahun ni. Dengan tujuan utk buat projek ternakan ayam di tapak ni. Tapi, skrg ni.. Masalah yg menimpa sy dengan projek ni bagaikan sebuah bukit yg menghempap sy... Masalah bukan saja dari kiri dan kanan, tapi dari depan dan belakang. Tak cukup dengan tu, masalah bertambah dari atas dan bawah. Fuhhh.. Bukan senang nak buat satu2 reban ayam.. Masalah yg sama sy hadapi dulu masa nak start bela ayam...

Tak yah citer bab masalah lagi, skrg sy cerita bab sukat tanah dulu. Keluasan tanah ni dlm 1.1 ekar. Cukup utk membina reban ayam berkapasiti 50,000 ekor ayam.

Kerja2 mencari batu perenggan yg pertama bermula. Nasib baik ada jumpa satu batu.. Kemudiah, kerja2 seterusnya bertambah mudah..

Bayangkan, batu ni tertanam di dalam tanah. Tapi, dengan selamber nyer. Dia org boleh cari batu ni dengan tepat lepas sukat jarak dan angle... Fuhhh.. Respect la...

Batu perenggan yg seterusnya...

Next one... Satu persatu dia org berjaya cari. Memang cekap sungguh dia org cari batu perenggan.. Maklumlah.. hampir hari2 kerja dia org ni cari batu perenggan aja...

Bila dah siap semua kerja ni, Pak Cik Rahim guna alat yg nama dia EDM, harga dlm RM40k... Guna alat ni, sekali klik aja.. dia boleh bagi jarak dan angle dengan tepat ke arah yg kita nak.... Alat ni saja dia guna utk confirm kan apa yg dia buat tu betul..
.
Upah mencari batu ni RM350.. Alhamdulillah. Skrg sy dah tau batu perenggan.. Cumanya lepas ni sy kena pi pacak besi dan bubuh simen utk pastikan batu2 perenggan ni tak hilang...
.
Wassalam.

2 comments:

  1. batu perenngan tu apa. penanda ke...memang setiap hak milik tanah ada batu perenggan ka

    ReplyDelete
  2. batu peranggan tu sama dgn yg ada kat dlm geran tanah, kalau ada yg diubah jiran kena panggil org ukur semula.

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top