Assalamualaikum,

Petang semalam, sy berkesempatan utk ke Bagan Serai. Bayar loan Bank Rakyat dan seterusnya berjumpa rakan penternak ayam... Kami membuat lawatan ke reban ayam baru yg Hj Zaini buat di Selingsing, Jalan Kuala Gula.... Reban ayam ni saiz 360'x50'x 2 tingkat dengan kos RM680,000. Kapasiti reban dia hanya sekitar 36k-40k ekor ayam sepusingan. Dari segi saiz, antara reban terbesar yg pernah sy datang lawat. Sebab memang betul2 besar. Sy sendiri pun rasa kagum dengan saiz reban ni...

Reban ni still dlm pembinaan. Dijangka siap dalam 2 bulan lagi, insya Allah. Skrg ni sedang tunggu equipment KPI yg akan datang dari Thailand...

Stor di bahagian hadapan. Saiz stor ni punya la besar. Cukup utk memuatkan 150 bakul ayam bagi setiap tingkat...

Gambar reban di tingkat atas. Sy tak pasti dia pakai lantai jenis apa.. Tapi, yg pasti lantai ni kira unik la.. Keras tapi tak berapa tebal... Siap ada wind buffer lagi.. Masuk dlm reban ni, sy terasa betapa kerdilnya reban ayam sy.. Besar sungguh reban ni. Boleh main bola rasanya...

Gambar dlm reban di tingkat bawah. Ni la besi alang yg menyokong tingkat atas...

Ni Gambar dawai yg menghalan sebarang binatang masuk dari luar... Kanvas belum pasang lagi..

Gambar stor belakang dari stor hadapan...

Gambar pintu nak ke stor.

Gambar kuda-kuda dlm reban..

Gambar reban di tingkat bawah.

Gambar stor tempat simpan makanan. Besar gila stor ni..

Pintu nak masuk ke stor belakang. Gambar ni di ambil berhampiran dengan kawasan kipas.

Gambar stor tempat letak makanan ayam. Fuhhh.. Besar gilllaaa....
.
Melihat skala reban ni.. Layak la di panggil Mega Structure.. Memang besar. Sy agak yakin yg reban ayam ni akan memberi pulangan yg lumayan kepada Hj Zaini. Sebab semua yg diperlukan ayam utk membesar dengan sihat ada di reban ni.. Sy betul2 kagum..
.
Mudah2an lepas ni sy boleh ada satu reban macam ni.. Insya Allah..
.
Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top