Assalamualaikum,

Dah lama tak update pasal ayam. Bukan tak nak update, tapi dah ayam tak masuk lagi macam mana nak update. Kali ni rasanya yg paling lama reban ayam sy rest. Biasanya lepas basuh reban dlm seminggu dah masuk balik ayam. Tapi kali ni, lepas habis basuh, rest 17 hari. Fuhhh... Lama gilaa.. Puncanya, pusingan lepas kena Gumboro.

Sy kena pastikan ayam pusingan kali ni terhindar dari virus Gumboro dari pusingan lepas. Sebab tu yg masuk ayam lambat di EP11 dan EP07. Lagi pun, kali ni sy racun reban 3 kali di setiap reban. Pendek kata, memang one of the best prevention action for Gumboro. Harap2, dengan usaha yg dah dibuat... skrg kena berdoa moga pusingan kali ni untung lebih baik....

Sebenarnya, sy dan Bangla dah mati akal... Hampir 10 hari pekerja2 sy duduk, makan dan tidur... Sampai dah tak tahu nak buat apa.. Dan Alhamdulillah, penyeksaan kami berakhir hari ni... Dengan kedatangan anak2 ayam yg baru... Untuk batch yg ke 29.

Pukul 8 malam, lori anak ayam sampai. Macam ni la gambar anak2 ayam dlm kotak, disusun dlm lori.. Pekerja sy sedang mengangkat kotak anak ayam masuk dlm reban..

Sy cek dulu berat anak ayam.. Kali ni, Alhamdulillah.. nampak macam berat aja anak ayam ni... Dlm 45g seekor. Tu, petanda baik untuk untung lebih... Insya Allah..

Macam ni la keadaan anak2 ayam dlm kotak.... Masa bukak kotak ni, sy suspen sket.. Anak ayam ni Baka Cobb atau pun Ross.. Kalau Cobb, potensi untuk untung tinggi lebih sket... Mula2 ingatkan Ross.. Sebab tak nampk titik2 hitam pun...

Tiba2, tara..... Ada ayam yg tompok2 hitam... Menandakan ayam ni baka COBB... Alhamdulillah, so far berat anak ayam ok.. Dan baka COBB pulak tu... So, mudah2an, kali ni boleh mencapai untung lebih sket berbanding biasa... Amin....

Keadaan dlm reban sebelum kedatangan anak ayam. Semua tong minuman dah ready di isi dengan air. Dan makanan dah pun dituang ke dalam bekas makanan.

Ni la bekas minuman automatik. Nipple Line. Ayam boleh minum dari nipple ni, dan air akan turun secara automatik bila ayam patuk...

Kotak2 anak ayam dah disusun dlm reban. Menunggu masa untuk dikeluarkan dari kotak.. Bermulalah kehidupan anak2 ayam ni di reban.... 38 hari lagi, boleh la sy ucapkan selamat jalan....
.
Esok, kalau tiada aral melintang, anak ayam akan sampai ke EP07 pulak. Mudah2an Allah beri yg terbaik.... Amin...
.
Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top