Assalamualaikum,

Sy cek di Sinar Harian. Ada berita pasal majlis Anugerah Belia Peringkat Negeri Perak. So, sy masukkan berita tu dlm blog ni. Laporannya seperti berikut:


Contohi sukarelawan misi bantuan ke Gaza

TELUK INTAN - Belia di negeri ini digesa supaya mencontohi keberanian yang ditunjukkan sukarelawan Malaysia yang menyertai misi bantuan ke Gaza.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pujian harus diberikan kepada sukarelawan itu kerana sanggup berkorban membantu masyarakat yang ditindas Israel.

Menurutnya, golongan belia perlu diberikan perhatian dan memberikan mereka harapan untuk membangunkan negeri dan negara pada masa akan datang.

“Jangan sekali-kali memandang serong kepada anak-anak muda kerana mereka mempunyai kekuatan dan keupayaan yang tersendiri.

“Pemimpin belia perlu mempunyai aspirasi bagi membangunkan belia di negeri ini dan kerajaan tidak mahu melihat belia terperangkap dengan kegiatan yang tidak baik,” katanya kepada media selepas menyempurnakan Perhimpunan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perak di Arena Square Teluk Intan, semalam.

Hadir sama, Exco Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan Pengerusi Majlis Belia negeri, Khairul Anwar El Syazalli Musa.

Pada majlis itu, Zambry turut menyampaikan Anugerah Belia kepada sembilan individu dan tiga pertubuhan belia di Perak yang telah menunjukkan kesungguhan dan memberikan sumbangan kepada negeri dan negara.

Bagi Anugerah Perdana Pertubuhan Belia, tempat pertama dimenangi Persatuan Belia MBFM Felda Gunung Besout 1, yang membawa pulang wang tunai RM10,000.

Sementara tempat kedua dan ketiga dimenangi Persatuan Belia Peladang Kampung Kuala Nor, Rantau Panjang, Selama dan Persatuan Belia Kampung Tanjung Rambai, Gerik yang mana setiap mereka menerima RM3,000 dan RM2,000.

Anugerah Tokoh Jasa Belia Lelaki disandang Pengerusi Persatuan Young Malaysian Movement (YMM) Negeri Perak, Khoo Chang Yau Seong dan Anugerah Tokoh Jasa Belia Wanita diberikan kepada Ketua Wanita Tamil Youth Bell Club (TYBC) Kebangsaan, P Premah.

Bagi Anugerah Kepimpinan pula diberikan kepada Pengerusi TYBC Kamunting, Taiping, A Munianndy dan Anugerah Keusahawanan diterima Pengarah Urusan Far East Global Resources Sdn Bhd, Noor Ismahanum Mohd Ismail.

Sy sedang menerima hadiah dan sijil dari MB Perak.
.
Anugerah Kesukarelaan dan Anugerah Wira Tani pula dimenangi Setiausaha Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Halim Hashim dan Penternak Ayam Pedaging, Mohd Firdaus Mat Saad.

Dua pasangan adik-beradik yang telah mengharumkan nama negara setelah berjaya merentasi Selat Inggeris, Zahra Masoumah Abdul Halim, 19, dan Salman Ali Abdul Halim, 13, menerima Anugerah Daya Juang Malaysia Boleh.

Sementara Anugerah Khas pula diberikan kepada bekas Pengerusi Majlis Belia negeri, Hang Tuah Din.

Pada majlis itu juga, Juara Akademi Fantasia ke-8, Ahmad Shahir Zawani dipilih sebagai Ikon Belia Negeri Perak.

Para pemenang bergambar dengan MB Perak selepas sessi penyampaian hadiah. Tgk la sy, baju batik biru... Belakang tu Shahir AF8.

.

1 ulasan:

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top