Assalamualaikum,

Infak.... bagi mereka yg baru pertama kali dengar perkataan ni.. rasanya kena usaha lebih lagi utk mendekatkan diri dengan ilmu2 Islam.. Sepatutnya, sebagai ummat Islam, kita kena tahu apa itu infak. Iaitu mengeluarkan sebahagian dari rezeki yg Allah kurniakan kepada kita ke jalan Allah.

Apa yg sy ceritakan dlm entry terdahulu sebenarnya sumbangan kecil dari rezeki yg Allah kurniakan kepada sy. Dan entry kali ni sy nak ceritakan mengenai infak @ sumbangan sahabat sy yg cintakan agama kita... Apa yg dia sumbangkan sy rasa buat masa ni, yg paling besar nilainya dari segi kewangan. Nilainya melebihi RM300,000.

Seorang penternak ayam di tempat XXXX, nampak industri ternakan ayam ni mampu memberi pulangan yg baik dari segi pendapatan. Dia sebenarnya dah pun mempunyai bilangan ayam yg melebihi 50,000 ekor ayam sepusingan. Memandangkan pulangan yg lumayan diperoleh hasil dari pendapatan ayam yg diternak... Beliau bercadang utk memperbesarkan lagi perniagaannya dengan menambah lagi 85,000 ekor ayam sepusingan, menjadikan jumlah ternakannya 135,000 ekor ayam sepusingan.

Beliau bercadang membina 4 lagi buah reban ayam baru, yg mana satu reban sudah pun siap dibina. 3 reban lagi dalam proses pembinaan. Apa yg sy nak ceritakan disini, dia meng'infak'kan sebuah reban berkapasiti 20,000 ekor ayam kepada sebuah Maahad Tahfiz di XXX.

Saya kagum dan sy rasa cerita ini wajar dikongsi bersama pembaca2 lain... Nilai yg disumbangkan beliau melebihi RM300,000 kepada Maahad Tahfiz tu.. Beliau berpendapat, kalau dia berikan RM300,000 kepada Maahad Tahfiz tu secara direct, duit tu akan habis. Tapi kalau diberikan dlm bentuk perniagaan, Maahad Tahfiz tu akan dapat pendapatan secara konsisten secara bulanan. Alhamdulillah, sy rasa 'cemburu' dengan keupayaan beliau untuk menderma wang yg sebegitu banyak utk Maahad Tahfiz...

Sy mula terfikir, apalah sumbangan sy selama hidup ni kepada Islam.... Kadang2, bila ada org yg datang meminta derma... kita rasa mereka tipu.. Kadang2 kita selalu rasa duit kita sendiri pun tak cukup, macam mana nak menderma... Itulah perasaan yg selalu bermain dlm fikiran kita.. Sebab apa... kita kurang prihatin dengan 'infak'... Kita rasa segala rezeki yg kita dapat adalah hasil titik peluh kita sendiri.. Kita tak sedar apa yg kita dapat tu sebenarnya adalah daripada Allah. Kalau kita sedar rezeki tu datangnya dari Allah, kita tak akan rasa kedekut utk menyumbangkan sebarang bentuk bantuan kepada Islam bila diperlukan...

Tak pa lah, mungkin sebelum ni sy masih belum cukup kesedaran... Dan lepas ni, sy berazam kalau boleh, sy nak menyumbang lebih lagi. Dan inilah juga reason kenapa sy buat business... Sy selalu berdoa, "Ya Allah, jadilah aku seorang jutawan yg bertakwa, mudah2an dengan keuntungan yg besar aku peroleh, aku dapat mengeluarkan zakat yg banyak dan membantu Ummat Islam yg lain".....

Rasanya, cukuplah dulu setakat ni entry kali ni. Nanti sy update gambar ayam pulak dlm entry selepas ni.

Wassalam.....

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top