Assalamualaikum,

Hari ni, 12 Jun 2010, hari yg agak sibuk. Awal pagi, pukul 10.30 pagi sy dah bertolak ke Bukit Mertajam utk beli racun Formalin utk cuci reban. Then, sy jumpa kawan2 sy.. Bekas pelajar Al Mashoor Lelaki P. Pinang... Salah sorang dari mereka. Shahril Mat Isa @ Anchor kawin... Tempat di Kuala Pegang, Baling... Kami sampai di rumah pengantin pukul 1 petang.

Anchor, awat muka serius sangat.. Senyum la sket... Kaa dah 'penat'. Hmmm... Pengantin sedang saksikan acara silat. Anchor ni kerja sebagai Penguatkuasa Anti Dadah Bahagian Narkotik di KL. Perghhh.. Takut... Takutt.... * Iklan jap, pengapit perempuan tu single lagi... Tapi, tadi Khairi Basire kata dia dah nak book... Kena minta tolong Anchor adjust..

Bekas2 pelajar Al Mashoor yg hadir. Dari kiri, Aidil Akbar (Abad), Iswandy Ishak (Kaunselor di Al Mashoor), Firdaus Hadi, Firdaus Mat Saad, Fuad (Jenggo) dan Khairi Basire (Baby - yg book pengapit perempuan)...

Lepas tu sy bertolak ke tempat seterusnya. Perkahwinan anak dua tauke ayam. Pak Habib dan Pak Mat Rejab. Anak Pak Habib perempuan dan Pak Mat Rejab lelaki. Yg menariknya, reban ayam Pak Mat dan Pak Habib sebelah menyebelah, rumah diaorg pun sebelah menyebelah.. Tak disangka sangka... Berbisan akhirnya...
.
Kalau nak tau, anak Pak Mat yg lelaki ni punya la pemalu.. Bila dia pegang aja Mic, semua tetamu gelak sebab dia tak tau nak cakap apa.. Perghhh.. Pemalu tahap tertinggi.. Fakta menarik, Umur Fazli 30 tahun Umur pengantin perempuan 19.. Pemalu2 Fazli ni pun, berjaya tackle anak Pak Habib yg muda... Tahniah kepada pasangan mempelai..
Seterunya, pukul 5 petang, sy sampai di Parit Buntar utk hadir lagi satu kenduri. Bila sy sampai di tempat rumah kenduri, sy terkejut beruk sebab banyak gila polis.. Dan lebih terkejut bila tengok ada kereta Sultan Perak pun ada.. Khemah pulak.. perghhh... Besar gila. Sy terkejut gak la.. Besar gila kenduri member ni buat. Maklumlah, anak tauke kilang padi..
.
Rupa2nya, sy tersilap majlis. Kenduri rumah kawan sy 100 meter dari tempat ni. Majlis ni sebenarnya Majlis Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak yg ke 82.. Sy memang confuse, mula stay kat Majlis ni dlm 15 minit.. Sampai sy rasa lain macam. Dan bila call kawan sy, dia kata kenduri rumah dia di belakang... Sy pun terus ke tempat kenduri.... Tak sempat nak ambil gambar pengantin sebab dah pukul 5.30 ptg. Pengantin dah letih.. Dah serabut. Baju pengantin pun dan barai...
.
That's all. Malam ni nak layan bola pulak. First Korea vs Greece. Then Argentina vs Algeria.. Next. Perlawanan yg ditunggu2, England vs USA. Go England Go...
.
Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top