Assalamualaikum,

Reban di EP11 pusingan lepas kena Gumboro. Penyakit yg paling ditakuti oleh semua penternak. Biasanya, kalau satu2 reban tu kena Gumboro, kadar kematian memang tinggi. Di Reban EP11 pusingan lepas mati 5%.

Kira boleh tahan la. Biasanya siapa yg kena Gumboro, kematian biasanya 10% dan biasanya farmer akan rugi terus. Tapi, Alhamdulillah di EP11 Allah masih pelihara pusingan lepas. Selepas di kira, keuntungan dicapai RM0.71 setiap ekor ayam. Kira pencapaian terburuk dlm tempoh 2 tahun di EP11. Di EP07, Alhamdulillah.. Allah bagi untung lebih...

FYI.. we should never skip Gumboro vaccine. Petang tadi, sy jumpa dengan CP punya staff bahagian teknikal, dia cakap ada satu reban di Alor Setar kena Gumboro skrg ni sebab skipped gumboro vaccine. Ayam dia skrg umur 29 hari. Hari ke 27 start kena. Mula2 ayam mati 50 ekor, next day 100 ekor. The next day 150 ekor.. So, hari ke 30 belum tahu lagi.. Pengajarannya, kita JANGAN SESEKALI AMBIL ENTENG DENGAN VAKSIN GUMBORO.

Biasanya, kalau dah kena Gumboro satu2 pusingan, next batch pun ada potensi utk kena Gumboro. Sebab kuman2 dan virus2 masih ada dlm reban. For prevention, farmer kena masuk lewat sket pusingan berikutnya. Dan kena pastikan reban di bersihkan dengan semaksimum mungkin. Dan kena guna anti virus yg terbaik, kena pastikan semua kuman dan virus mati...

Pekerja sy sedang hidupkan enjin pam air utk bersihkan reban. Dlm tong hitam tu, dah siap dibancuh dengan racun anti virus yg paling kuat. Formalin. Formalin biasanya digunakan utk mematikan sebarang sel yg bersentuh dengan dia... So, harap semua kuman2 dan virus2 dlm reban mati bila kena Formalin ni.

Ni gambar bila Formalin bercampur dengan air biasa. Nampak macam berasap aja. Kalau kena tangan, fuhhh.. pedih.. Bau, perghhh.. jgn cakap la.. Punya la tengit.. Terasa sampai ke tulang sum sum. Dan gas dia memedihkan mata yg teramat sangat. So, pekerja sy pakai proper protection bila handle racun ni. Pakai google dan pentutup hidung yg tebal. Dan kalau terkena kulit terkena racun ni, kena basuh dengan air yg banyak.

Pekerja sedang menyembur racun formalin di dalam reban.
.
Buat sekali pun dah terasa macam menyeksakan.. For BEST PREVENTION... Sy arahkan pekerja sy utk racun di setiap reban 3 KALI. Dua kali guna FORMALIN. Dan sekali lagi guna OMNICIDE, racun yg agak kuat dan boleh membunuh kuman selsema burung.
.
Sy harap dengan langkah berhati2 yg sy ambil ni, membantu untuk mencegah perkara yg sama daripada berulang.
.
Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top