Assalamualaikum,

Entry kali ni pasal ayam lak. Ayam di kedua2 reban dah habis dijual. Alhamdulillah. Ayam di EP11 agak teruk sket performance kali ni. Before this, sy pernah ceritakan pasal ayam di EP11 banyak mati... Mula2 sy sangkakan ayam mati sebab panas.. Tapi rupa2nya.. ayam mati sebab kena serangan Gumboro. Masya Allah, sakit ni adalah sakit yg amat ditakuti oleh semua farmer. Kalau mana2 reban yg kena Gumboro, mesti ayam mati banyak. Boleh mencecah 10%. Biasanya farmer akan rugi la kalau kena Gumboro. Sebab, ayam akan mati banyak dan ayam yg hidup pulak tak naik berat....

Di EP07, Alhamdulillah.. tak dak banyak masalah sangat yg berlaku. Cumanya, ayam kali ni CP tangkap jantan dulu bagi keluar. Kemudian baru CP tangkap betina. So, not much hope for this house to perform well. So, average body weight tak lah tinggi sangat sebab ayam betina yg tinggal dlm reban bila umur 41 hari atas...

Tapi, overall. Alhamdulillah.. untung masih memberangsangkan. Bila jadi macam ni... Teringat kata2 sifu sy.... member Cina sy, Leong Chee Choy cakap.. "Meniaga mana boleh hari hari mau untung besar... Kadang kadang untung besar.. Kadang kadang untung kurang.. Kadang2 balik modal.. Kadang2 rugi terus.. Kalau hari2 untung besar.. nanti satu Malaysia lu mau beli.. Untung apa macam pun, mau steady... Untung banyak jangan seronok, kalau rugi jangan bersedih... "

Ni gambar yg sempat sy ambil masa sedang jual ayam...

Operasi menangkap ayam bermula. Pekerja sedang menyusun bakul.

Pekerja sedang membawa ayam ke bakul. Sekali tangkap 10 ekor ayam.

Lagi gambar pekerja yg sedang menangkap ayam.

Ayam balance dlm reban. Ni kira ayam terakhir yg tinggal dlm reban...

Bahagian2 lain.. Ayam dah habis jual. Pekerja pun dah siap korek baja tahi ayam utk di jual.
.
Rasanya, cukuplah dulu setakat ni entry utk kali ni. Ayam pusingan ni dah habis. Banyak lagi kerja2 yg perlu sy uruskan lepas ni. Nak uruskan baja tahi ayam. Nak uruskan "My New Project", dan macam2 lagi.. Tak ketinggalan, nak balik KL, rumah Mertua...
.
Wassalam

1 comments:

  1. Salam Tuan.Ada tak syarikat Tuan mempunyai reban yg sesuai bagi menternak ayam pedaging untuk di sewakan?Saya di anugerahkan kontrak pembekalan ayam daging dan satu pusingan,mereka inginkan 100,000 ekor ayam dari syarikat saya.Keadaan menjadi buntu apabila veterinar Melaka tidak meluluskan sebuah tanak 3 ekar yang sudahpun saya beli.Seandainya syarikat Tuan ada reban2 yg hendak disewakan,harap dapat menghubungi saya di- 011 1971 8041(Mansor).Sekian,TK Tuan.Salam

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top