Assalamualaikum,

Semasa di Malaysia, sy ada tanya kawan sy yg menetap di Madinah bertahun2. Di mana restoran makanan yg sedap ada di Mekah, sy teringin nak makan. Dan kawan sy jawab, kedai2 restoran yg sedap semuanya jauh dari Mekah, kena naik teksi dlm 15 minit.

Disebabkan agak sukar mencari tempat makan sedap di sana, sy pada mulanya rasa, tak palah. Makan ajalah makanan yg disediakan oleh pihak travel agen. Lagipun, makanan yg diaorg sediakan pun sedap2 jugak.

Tapi, tu lah.. Bila kita niat sesuatu.. Alhamdulillah, Allah Maha Mendengar apa yg kita luahkan dlm hati kita... Di Mekah, hajat sy termakbul...

Ada seorang doktor, Dr Nazri yg agak berpengalaman mengenai selok belok di Mekah mengajak sy dan beberapa org lagi utk makan di luar. Nasi Mandi Kambing... Tempatnya di Restoran Mat'amu Riyadh yg terletak di Jalan Madinah Al Munawwarah, on the way ke Masjid Tanaim.

Dan, Alhamdulillah.. rezeki bertambah murah bila Dr Nazri kata dia nak belanja kami semua makan.. Alhamdulillah... Masa di kaunter, sy agak terkejut la bila tahu satu kepala makan di situ harga 40 Riyal... Perghhh... Mahal gila.. Tapi, tak pa lah. Makan ajalah, dah ada org nak buat pahala.. Kita tolong dia aja la dptkan pahala...

Syahir dan Ustaz Iskandar ditempat duduk sementara menunggu makanan datang.

Tunggu punya tunggu, makanan pun sampai, agak terkejut kami kerana makanan dihidangkan didalam talam utk 4 org... Tak pa lah, talam pun talam lah.. Kami memulakan tugasan kami... Selesai baca doa, serbu....... Semua makan sampai kenyang.. Tapi, lauk habis nasik tak habis.... Tapi, memang sedap lah...

Dr Nazri yg tak pakai kopiah dan berambut.

Kami bergambar semasa makan...
.
Akhir sekali, kami ucapkan terima kasih yg tak terhingga buat Dr Nazri yg berhajat utk buat 'pahala' malam tu... Moga Allah murahkan lagi rezeki Dr lepas ni...
.
Wassalam




0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top