Assalamualaikum,

Entry kali ni tak banyak cerita.. Tapi lebih banyak gambar2 menarik yg sy ambil di sekitar Masjidil Haram.

Hotel di belakang Maria dan Mak adalah hotel yg paling mahal dan paling cantik dan paling dekat dengan masjid. Jarak masjid dengan hotel ni sekitar 50m. Hotel Inter Continental. Sebelah hotel ni ada Hotel Hilton dan As Safwah Tower. Gambar ni kami ambil sebelum kami menaiki bas utk berniat menunaikan umrah yg seterusnya.

Ni gambar pekerja2 di Masjidil Haram sedang membersihkan lantai di kawasan Sai.

Mereka akan buat kerja dlm 10 org dlm satu2 masa. Curah air, gosok lantai dengan berus dan keringkan.. Semuanya dilakukan secara serentak. Dlm masa beberapa minit, semua kawasan tadi siap dibasuh dan dikeringkan.

Ni gambar Maria membelakangkan masjid berhampiran pintu di Bukit Marwah.

Gambar hotel yg berdekatan dengan pintu Marwah.

Bangunan putih dibelakang tu adalah tempat kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Di tepi sebelah kiri gambar ni pulak adalah tapak rumah Abu Jahal dahulu. Skrg tapak rumah ni dibuat tandas setinggi 3 tingkat. Utk menunjukkan betapa hinanya Abu Jahal pada mata org Islam.

Ni adalah gambar Maqam Ibrahim. Nama aja Maqam Ibrahim, tapi bukan kubur Nabi Ibrahim ada di sini. Di sini hanya ada tapak kaki Nabi Ibrahim. Selepas tawaf, kita disunatkan utk bersolat dibelakang Maqam Ibrahim ni... Kalau boleh la, biasanya memang tak boleh nak solat sunat di sini sebab org terlalu ramai.


Ni pula gambar pintu kaabah dari sisi. Nampak tak sorang polis yg sedang berdiri tinggi tu, di situlah terletaknya Hajarul Aswad. Polis berkawal disitu bagi memastikan org ramai yg berebut utk mencium batu hajarul aswad tidak berasak asak...

Ni lah pintu keluar yg kami selalu ikut kalau nak keluar masjid. Pintu King Abdul Aziz. No 1.

Ni adalah gambar dlm Masjidil Haram tingkat atas bahagian berhawa dingin.

Dlm masjid, terdapat banyak bekas tong minuman air zam2 utk para jemaah minum. Cawan disediakan semuanya percuma.

Ni rupa bentuk rak utk meletak Al Quran dlm masjid. Samada ada ditiang atau pun ada di rak2 berhampiran.

Ni gambar dari tingkat atas. Bahagian berhawa dingin. Tempat ni biasanya para jemaah yg penat tidur.

Ni gambar Kaabah dari tingkat 2. Jemaah yg sedang bertawaf agak ramai masa ni.

Ni gambar Maria dan Mak membelakangkan Hotel Hilton. Siap ada KFC lagi kat aras bawah hotel ni. Sempat la kami test ayam KFC di Mekah. Cuma di sana hanya ada ayam perasa Original.

Ni gambar Maria dan Mak di tingkat 2.

Maria dan mak bergambar dlm masjid membelakangkan rak-rak Al Quran.

Maria dan Mak atas escalator utk turun dari tingkat 2 ke bawah.

Gambar sy dan Maria di luar Masjidil Haram.

Di sini ramai Minah-minah Afrika yg illegal jual barang2 utk jemaah. Agak murah. Yg menarik, tiada meja. Hanya beralaskan sekeping kain, kalau polis datang diaorg akan cepat2 bungkus balik semua barang tu dan lari. Dan yg bagusnya, polis kalau datang pun hanya utk menakut2kan dia org ni, bukannya nak merampas barang pun. Tu la puncanya makin hari makin ramai org berniaga secara haram di luar kawasan masjid.
.
That's all. Next entry sy akan ceritakan pengalaman sy mencium Hajarul Aswad dan berdoa di Multazam. Wassalam

1 comments:

  1. Assalam,

    Maha suci Allah!

    Dengan gambar gambar ini hati begitu rindu sekali nak ke Baitullah. Ya Allah, jemputlah kami ke rumah MU. Kami rindu, ya Allah.

    Semuga tuan haji dan keluarga dalam perlindungan Allah.

    Jazakaullah

    AJ

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top