Assalamualaikum,

Skrg Part 5. Hari ke 5 kami di Mekah, pihak Andalusia membuat pakej ziarah tambahan. Setiap jemaah yg nak menyertai ziarah tambahan ni perlu bayar 20 Riyal. Ziarah ni kira optional. Memang dari awal lagi kami dah dimaklumkan ziarah tambahan ni perlu di bayar duit.

Antara tempat menarik yg akan dibawa adalah lawatan ke ladang unta, kemudian ke Masjid Hudaibiyah dimana perjanjian hudaibiyah dibuat. Seterusnya kami di bawa ke Muziam Dua Masjid dimana semua peralatan2 yg pernah diguna di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi terdapat di Muzium ni.

Ni antara gambar2 yg sempat diambil sepanjang program ziarah tambahan ni.

Kami di dalam bas. Hampir kesemua jemaah menyertai ziarah tambahan.

Kami tiba di ladang unta. Ingatkan ladang unta ada bumbung, rupa2nya, ladang unta ni open air. Memang unta ni duduk di tempat panas. Hairan bin ajaib, unta boleh duduk atas pasir yg panas sedangkan kami nak pijak pasir panas tu pun tak leh. Allah Maha Berkuasa...

Sy dan Maria bergambar di ladang unta


Untung Tauke unta hari tu. Sebab ramai gila jemaah kami yg beli susu unta daripada dia. Satu botol kecil dalam 300ml harga 5 Riyal. Senyum aja brother ni...

Hari ni, anak2 unta kena la berpuasa sebab habis susu ibu unta kena perah sebab nak jual kepada kami.. Sian anak unta ni..

Maria dan Mak bergambar dengan anak unta yg sedang berehat tak leh minum sebab susu mak unta dah habis

Seterunya kami di bawa ke Masjid Hudaibiyah. Di sinilah tempat berlakunya Perjanjian Hudaibiyah semasa Rasulullah nak memasuki Mekah utk proses Fathul Mekah. Rasulullah berjaya masuk ke Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Di sinilah segalanya bermula

Ni la gambar Masjid Hudaibiyah. Di sini kami berniat utk mengerjakan Umrah.

Lawatan seterusnya ziarah ke Masjidi Dua Masjid

Ustaz Iskandar sedang menceritakan mengenai sejarah Masjidil Haram

Replika Masjdil Haram satu ketika dulu

Gambar Batu Hajarul Aswad

Pintu ni pernah digunakan di Masjid Nabawi
Replika Telaga Zam Zam yg pernah digunakan satu ketika dulu

Tempat simpan air zam zam pada zaman dahulu
.
Selepas tamat ziarah di muzium ni, kami terus bertolak ke Masjidil Haram utk menunaikan umrah yg seterusnya. Tunggu utk entry selanjutnya. Wassalam

1 comments:

  1. Assalam,

    Very informative berkenaan tempat tempat lawatan. Teruja sangat!

    Terima kasih.

    Semuga dilimpahi rahmat Allah kepada tuan haji dan keluarga.

    AJ

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top