Assalamualaikum,

Hari ke 4 kami di Mekah, pihak Andalusia membawa kami menziarahi tempat-tempat menarik di sekitar Mekah. Kami dibawa dengan menaiki bas dan tempat ziarah terakhir kami hari tu adalah di Ja'ranah iaitu tempat bermiqat utk kami mengerjakan umrah.

Kami di atas bas. Biasalah, lelaki duduk di belakang... Dari kiri, Pak Cik Polis dari Kelantan, Mortin, Sy dan Thalhah

Tempat pertama yg kami ziarah, Jabal Thur. Inilah tempat dibawa Rasulullah dan Saidina Abu Bakar utk menyorok semasa hendak berhijrah ke Madinah.

Tempat seterusnya, kami dibawa menuju ke Arafah. Tempat para jemaah haji berwukuf utk menunaikan haji. Gambar di atas adalah landasan LRT yg sedang dibina di sana yg menghubungkan Mina, Muzdalifah dan Arafah.

Turun saja dari bas di Arafah, berpuluh2 ekor unta yg dihiasi bunga menyerbu bas kami. Pak Arab2 sini cari makan dengan kita membayar 5 Riyal utk bergambar dengan unta mereka. Kesiannya, banyak sangat unta tapi org yg nak bergambar dengan unta tu tak lah banyak sangat.

Kami bertiga bergambar membelakangkan Jabal Rahmah. Jabal Rahmah ni adalah tempat di mana Nabi Adam dan Hawa bertemu setelah di turunkan dari Syurga ke dunia. Disinilah juga tempat yg amat mustajab bagi mereka yg nak berdoa utk mencari jodoh.

Kami mengatur langkah menaiki anak tangga utk menaiki ke atas Jabal Rahmah

Dlm perjalanan menaiki ke puncak tu, ada berpuluh2 org yg meminta sedekah. Ni salah sorang yg minta sedekah tu.

Ni lagi satu, konon2nya tangan dia kudung. Tapi sebenarnya dia lipatkan tangan dia dan tunjukkan siku dia aja. Tangan di ada di belakang kepala. Nak buat cam na, terpaksa menipu utk cari makan. Sebenarnya di sana ada agen yg uruskan budak2 ni utk minta sedekah. Dan bila kita derma, kita sebenarnya sedekah kepada agen yg sebenarnya lebih kaya daripada kita.

Kami bertiga sampai di puncak Jabal Rahmah.

Di atas ni banyak gila org yg jual souvenier. Dan lebih menarik, penjual2 kat atas ni semuanya dari Bangladesh. Habisla Pak Arab tak leh nak cari makan dah

Pemandangan turun balik dari Jabal Rahmah

Perjalanan ke tempat ziarah seterusnya, sy ternampak landasan LRT yg sedang dlm pembinaan.

Ni gambar khemah2 yg didiami oleh mereka yg mengerjakan haji. Gambar ni di Muzdalifah. Banyak gila khemah. Sejauh mata memandang..

Gambar dekat khemah2 di Muzdalifah

Tempat terakhir ziarah hari ni adalah Masjid Ja'ranah. Tempat kami berniat utk mengerjakan umrah yg seterusnya.

Ni boundary antara Tanah Halal dan Tanah Haram. Kiranya kalau nak berniat mengerjakan umrah, mesti sebelum sempadan ni.

Sy dan Mortin yg dah berihram atas bas. Baru botakkan kepala semasa bertahlul dlm umrah sebelumnya.

Ni adalah perkuburan Ma'ala. Di sinilah tempat org2 di Mekah yg meninggal di tanam.

Ni gambar semasa di Sai antara Bukit Safa dan Bukit Marwah. Ada lampu hijau. Di lampu hijau ni lelaki disunatkan utk berlari lari anak. Utk nak mengingati kembali Siti Hajar, Isteri Nabi Ibrahim yg berlari-lari anak antara dua bukit ni utk mencari air buat anaknya Nabi Ismail yg menangis kehausan

Sempat lagi ambil gambar di Kaabah lepas mengerjakan umrah.
.
That's all the story for now. Till then... Entry lepas ni adalah gambar2 ziarah2 kami di Ladang Unta, Hudaibiyah dan Muzium Dua Masjid. Wassalam

1 comments:

  1. Assalam,

    Nice pics and thanks for sharing!

    Syukran

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top