Assalamualaikum,

Ramai org yg memberi seribu satu alasan utk tidak menunaikan Haji atau Umrah. Kalau nak disenaraikan alasan utk tidak ke Mekah, penuh page ni. Ada yg kata ilmu tak cukup, ada yg kata duit tak cukup, ada yg kata kerja sibuk, ada yg kata komitmen nak jaga anak, ada yg kata bisness sedang rancak ni, ada yg kata tunggu lah bila dah berumur nanti baru pergi, dan yg lebih memelikkan ada yg langsung tak ada alasan tapi masih tak mahu pergi......
.
Kalau nak tunggu ilmu mencukupi, bila ilmu kita nak cukup. Kalau nak tunggu duit nak cukup, bila nak cukup kalau kita tak kumpul... Kerja sibuk... hmmm.. bila kerja tak sibuk.... Kita memberi alasan anak masih kecil, tak der siapa nak jaga... hmmmm bila anak kita nak besar. Bila anak sulung besar, anak kedua pulak muncul. Anak kedua dah besar, anak ketiga pulak muncul dan begitulah seterusnya.. Hmmm bila agaknya nak sampai ke Mekah macam tu...
.
Dlm hal ni, bukan sy nak mendabik dada sebab sy baru balik. Tapi, sy sebenarnya pun ada macam2 masalah sebelum sy nak ke Mekah dulu.. Tapi, disebabkan hati betul2 berhajat nak pergi... sy cuba solvekan masalah sy satu per satu. Dan Alhamdulillah... satu persatu Allah tunjukkan jalan dipermudahkan... Yg penting, niatkan dlm hati.. Azamkan dlm diri.. Insya Allah Lambaian Kaabah pasti akan sampai kepada kita...
.
Ada yg kata aku tak cukup wara' utk ke Mekah. Banyak sangat dosa utk nak ke Mekah. So, utk entry kali ni.. sy nak menceritakan sebuah cerita... Penyucian Jiwa di Tanah Suci.. Mekah.. Merubah Sempadan Iman. Sy nak menceritakan perubahan seseorang sebelum dan selepas menunaikan umrah.
.
Sebulan sebelum sy menunaikan Umrah, ada seorang sahabat sy, warga Bangladesh Mortin Ahmad datang ke reban ayam sy. Dia seorang kontraktor di sini dan mempunyai pendapatan sekitar RM5k sebulan. Dia memang rapat dengan sy dan selalu minta tolong sy simpankan duit dia di akaun bank sy. Sebab dia tak der akaun bank.
.
Sy pun memberitahu dia yg sy nak ke Mekah utk menunaikan umrah. Lepas dia dengar ayat tu, terus dia cakap. "Bos, sy mau ikut you. Boleh tak? You guna duit sy yg ada dekat you." Hmmm... Sy terdiam seketika. Sy tak tahu apa yg patut sy jawab. Patut sy jawab ya atau pun tak. To play safe, sy ckp kat dia nanti sy check dengan agen Andalusia dulu. Dia pun cakap, "Kalau agen cakap boleh, you register nama sy".
.
Pada mulanya, sy 50-50 nak bawa Mortin bersama sy. Sebabnya, sekenal sy dengan Mortin ni dia memang seorang Islam tapi sy tak pernah tengok dia mengamalkan ajaran Islam. Sy terfikir dlm hati, kalau la sy bawa Mortin ke sana dan dia buat hal, susah sy nanti... Dah la dia langsung tak tahu bab sembahyang, dan segala yg basic about Islam... Fuhhh.. mencabar ni... Susah sy nak jaga dia nanti di sana. ( Fikirkan, kena sy Italic kan ayat ni )
.
Sy memikirkan, dah la sy bawa Maria dan Mak mertua sy yg turut first time mengerjakan Umrah.. Dlm masa yg sama sy nak kena pay attention kepada seorang lagi. Org luar pulak tu. Sy takut Mortin menjadi bebanan kepada sy pulak nanti. Dah la di sana kita kena berihram, banyak pantang larang pulak tu. Takut2 dia terbabas nanti... Hmm.. macam mana ni..
.
Sy call Mortin dan suruh dia datang ke reban ayam sy. Dia pun datang. Sy tanya dia "Mortin, you cakap sy betul2, apa pasal you mau pi Umrah sama sy".. Dia pun cakap "Bos, nombor satu, sy mau tengok Kaabah. Sy mau sebelum sy mati sy tengok Kaabah. Nanti kalau sudah mati, Tuhan tanya sy sudah pi Mekah, sy boleh jawab sudah pi. No dua, sy sudah banyak dosa. Skrg saya mau pi Mekah.. mau pi sorry sama Allah ( minta ampun dari Allah )". Berpuas hati dengan jawapan dia, sy pun kata ok lah, sy akan usahakan utk dia pun pi dengan sy.
.
Masa ni juga sy ada bincang ngan family, "Kalau sy bawa Mortin, dan dia buat hal kat sana. Benda ni akan menyusahkan sy. Tapi kalau sy bawa Mortin ke sana, dan tiba2 dia dapat hidayah di sana... Besar juga saham yg sy dapat nanti... Dan kalau sy tak bawa Mortin pergi bersama sy, dan ditakdirkan dia sebenarnya betul2 mau bertaubat kepada Allah, dan menjadikan ziarah dia ke Baitullah ni sebagai titik perubahan dlm hidup dia... Susah sy nak menjawab di akhirat nanti dengan Allah.. Pasti Mortin akan mempersalahkan sy". Last2 sy decide, bawa ajalah Mortin. Kalau dia ikut sy dan semuanya ok, Alhamdulillah. Tapi kalau dia buat hal, sy buat donno aja lah kat dia di sana.
.
Let me tell you the truth, sebelum apply visa umrah, kita kena ada surat dari doktor yg kita dah ambil vaksin menagitis. Sy pusing hampir semua klinik di Parit Buntar tanya pasal vaksin ni, semua klinik tak ada stok. Sy pi survey semua klinik masa sy nak dptkan surat utk sy dan Maria. Sampai last2, sy terpaksa minta tolong satu Doktor. Minta dia keluarkan surat dulu utk sy dan sy akan cucuk bila ubat dah sampai nanti. Dan sy buat pembayaran terus. Dia tetap tak bersetuju dan kata sepanjang dia kerja sebagai Doktor, tak pernah dia buat kerja macam ni. Dan dia menyalahi etika kedoktoran kalau dia buat macam tu. Perghhhh.. Selepas sy merayu jugak, merayu dan terus merayu.. Doktor ni nampak sy memang dah betul2 desperate. Sy kesuntukan masa. Alhamdulillah, last2 dia bersetuju. Tapi, dia kata dia tolong kami berdua saja. Masa ni Mortin tak cakap nak pi lagi.
.
Dan skrg, sy terpaksa nak cari lagi vaksin di klinik2 utk Mortin pulak. Perghhhhhh.... Dah la dulu sy tawaf satu Parit Buntar cari vaksin utk sy, skrg nak kena tawaf pulak utk Mortin. Doktor yg buat surat utk sy tak nak buat surat lagi satu. Ok, sy sebenarnya mcm malas nak gi pusing lagi ke klinik2 yg ada vaksin tu. So to happen, Maria ajak sy ke klinik utk ambil ubat2an, persediaan ubat utk kami ke sana. Masa di klinik... sy tersebut pasal vaksin. Dan dia kata di klinik dia ada satu vaksin. Alhamdulilah, terus sy book vaksin utk Mortin. Keesokannya terus dia datang dan cucuk.
.
Before that, sy dah pun contact ngan Andalusia utk confirm kan status Mortin dan dia org cakap Mortin boleh pi sekali asalkan ada Multiple Entry Visa. Dan sy pun cepat2lah uruskan dokumen2 yg Mortin perlu berikan kepada Andalusia. Semuanya sy scan dan emel aja ke Andalusia. Dan Alhamdulilah, ada rezeki utk dia ke sana. Inilah yg sy katakan, kalau kita betul2 berhajat utk ke sana, insya Allah.. Allah sendiri yg akan permudahkan.
.
Ok.. selesai semua perkara.. Dua minggu sebelum berlepas, sy suruh Mortin datang ke reban sy setiap malam utk belajar asas2 solat dan asas2 agama. Tapi dia agak sibuk dengan business dia. Dia tak sempat nak datang ke tempat sy utk belajar. Lagi seminggu sy call dia dan sy paksa dia utk datang.. Malam tu dia datang.. Itulah satu2nya malam dia 'berkursus' dengan sy. All in one, dlm masa sejam. Complete kursus umrah, kursus tawaf dan sai serta kursus solat.. Perghh.. Sy pun tak tahu dia faham ke tak. Dan satu dia cakap, "Bos, you jangan takut.. Di sana nanti.. sy mesti duduk sebelah you. Apa you buat, sy mesti buat"..
.
Sy agak tertekan.. Sebab dia mcm tak ambil berat pasal nak gi umrah. Mula terasa menyesal dlm hati sebab bawa dia sekali. Sy pun berjumpa dengan sahabat sy yg juga seorang Ustaz dan menceritakan kes Mortin ni. Ayat pertama sekali yg dia kata, "Kenapa sy nak takut bila bawa Mortin sekali?" Sy pun cakap la, "Susah sy nak jaga dia nanti kat sana" .... Terus Ustaz tu kata, "Firdaus, hang jangan silap. Hang jangan ingat bila di Mekah hang yg jaga dia. Sebenarnya, Allah yg jaga dia. Bukan hang.".... Perghh... Terus sy tersedar... Sy betul2 sedar.. Sebenarnya diri sy sendiri pun Allah yg jaga, mana boleh sy kata di sana sy yg jaga Mortin pulak... Sy tanya Ustaz pasal solat, dia tak tahu baca Al Fatihah.. Ustaz pun kata lah yg penting dia tahu niat. Yg lain, ikut aja imam sebab bacaan imam adalah bacaan makmum. Sy lega dengan penjelasan ni.
.
Ok, pada hari kami nak berangkat ke KL. Tengah hari Mortin datang ke reban sy. Dengan hanya sebuah beg kecil. Sy cakap la, "Kenapa bawa beg kecil sangat?". Terus dia cakap, "Sy pi sana bukan nak pi berniaga, sy pi sana mau pi ibadah"..... Perghhh... tamparan pertama kena kat sy... Tak sangka Mortin boleh berfikiran macam ni.
.
On the way to KL from Parit Buntar, mengambil masa 3 jam setengah. Sy mengambil peluang dlm kereta ni utk ulang sekali lagi kursus umrah sy kepada Mortin, dan utk Maria.. Dan Mortin macam faham. Dan sekali lagi dia kata, "Bos, you jangan takut. Apa you buat sy buat"...
.
Hari Rabu, sy bertolak dari rumah mertua ke airport dan jumpa Mortin di sana. Sy senyum kat dia sebab dia mula pakai kopiah. Rasa macam pelik aja... Di sini, baru lah dia betul2 mula ikut sy. Kami solat zohor dan jamak dengan asar, sy cakap kat dia.. Niat dlm hati mau solat zohor dan asar, yg lain.. ikut aja sy. Sy mengimamkan solat dia.. Memandangkan surau di KLIA penuh.. kami pun solat aja di ruang legar berhampiran solat. Dan lebih menyukarkan keadaan, kami kena tukar pakaian ke ihram di ruang legar tu aja. Aduh.. Belasah aja la... Mortin pun pakai Ihram sekali...
.
Dlm kapal terbang, Mortin duduk selang beberapa kerusi dari sy.. Dan sy ada gak la beberapa kali pergi ke seat dia utk tanya keadaan dia. Dia kata, "Bos, you no takut. Sy all ok". Bila dah sampai masa nak berniat umrah, sy bagi tau dia. Suruh dia niat dlm hati nak buat umrah. Dan start jaga pantang larang umrah.
.


Ni lah, Mortin Ahmed. Muka pun memang muka Bangla. Tapi join group kami, dah jadi warga Malaysia seketika. Satu beg kecil aja dia bawa.
.
Setibanya kami di Mekah, Alhamdulillah.. Mortin berjaya ikut sy utk menyempurnakan Umrah kami yg pertama. Dia ikut sy semasa tawaf, tapi tiba2 terhilang. Sy ada pesan kat dia, kalau hilang dah habis pusing 7 pusingan, tunggu di bawah lampu hijau menuju ke arah tempat Sai. Apa nak di kata, masa tawaf kami yg pertama. Dia betul2 hilang dari pandangan sy. Perghhhh... Sy tak leh nak cari dia lagi, sebab sy nak kena completekan 7 pusingan sy dulu. Lepas solat tawaf di belakang Maqam Ibrahim.. sy pun menuju lah ke lampu hijau. Tempat yg sy janji dgn dia kalau hilang tunggu di situ.
.
Sy tunggu beberapa minit dan lepas tu dia datang ke lampu hijau. Lega rasanya. Sy tanya dia kenapa lambat sangat. Dia kata dia tawaf 11 pusingan. Sebab nak make sure tak tersilap buat. Dia takut kalau2 ada pusingan yg bahu dia terlari dari Kaabah. So, dia play safe buat lebih. Ikut low memang tak salah kalau nak buat lebih, tapi kalau kita dah confident dengan pusingan kita.. Tak perlulah nak buat lebih2. Yg penting yakin..
.

Ni gambar Mortin di Masjid Tanaim. Semasa kami berniat umrah yg seterusnya.

Semasa di Mekah, dari segi ibadah. Mortin memang betul2 ikut sy. Kalau sy tawaf sunat, dia akan tawaf sunat. Kalau sy solat sunat, dia akan solat sunat. Kalau sy zikir, dia pun zikir. Dan semua amalan tu adalah first time bagi diri dia... Sy tengok, not bad la utk org yg first time buat. Dan semasa di Mekah, sy suka bersolat di ruang bawah berhampiran dengan Kaabah. At least, boleh tengok kaabah all the time. Kalau waktu zohor, kadang2 la sy solat di bawah juga sebab panas.

.

Tapi, sekali lagi Mortin bagi tamparan hebat kat sy. Dia cakap, "Bos, ini macam panas pun you tak boleh tahan ka.. Akhirat esok apa macam.. Sembahyang kita mesti mau duduk bawah, tempat panas ni. Baru kita boleh rasa macam mana Nabi dulu sembahyang panas2." Perghh.... Mortin2. Dah lawan tok guru ni. Sy pun bersetuju lah dengan dia. Kami pun lebih banyak mengambil kesempatan ni utk bersolat di bahagian bawah berhampiran Kaabah.

.

Sy ceritakan kelebihan melihat Kaabah kepada Mortin. Bila dia tahu kelebihan ni, dia pulak yg make sure setiap kali kami bersolat kami bersolat di tempat yg boleh melihat Kaabah. Fuhh.. Mortin macam ada current bila ada di sana.

.

Dan sy pun menunjukkan Mortin Multazam dan menceritakan kelebihan berdoa di Multazam. Dan, banyak kali jugak selepas kami bersolat Mortin sendiri yg ajak sy utk ke Multazam dan berdoa di sana. Sy pesan kat Mortin, kalau berdoa di sini biar sampai menangis. Then dia ckp kat sy, "Bos, doa sini tempat. Sy tak payah buat2 mau nangis, air mata sendiri turun"... Fuhh.. Sy pun cakap la kat dia, berdoa lah di sini betul2. Minta ampun sama Allah, kasi Allah bagi hidayah, kasi faham Islam betul2. Kasi murah rezeki... kasi projek bagus2...

.

Mortin betul2 mudah faham apa yg sy ajar. Bila sy cerita cara2 buat sesuatu ibadah, dia senang faham. Bila sy cerita satu2 kelebihan, dia akan sedaya mampu utk buat dan dptkan kelebihan tu.

.

Contoh lagi satu, bila sy cakap kat dia. "Mortin, kali ni kita solat tempat ada aircond la. Panas sket la hari ni." Terus dia cakap, "Bos, di Malaysia you sudah hari hari aircond, sini site panas sikit takkan tak boleh".... Perghhhhh... Sy tak tahu, di mana dia boleh cakap semua ni balik kat saya. Tapi, sy dah mula terasa syukur sebab bawa Mortin sekali gi umrah dengan sy. Kalau tak, boring jugak sy sorang2. Sebab di Masjid Maria akan duduk sekali dengan Mak. Nasib baik ada Mortin, boleh juga buat teman.. Alhamdulillah, Allah beri yg terbaik dengan sy bawa Mortin sekali.

.

Malam ke 5 kami di Mekah, Dr Nazri ajak kami makan di luar. Dia kata makan di luar sedap. Dia suruh sy ajak Mortin sekali makan luar. Bila sy ajak Mortin, tahu tak apa yg dia jawab " Bos, apasal you mau makan luar. Sini hotel makan tak sedap ka? Makan di hotel la. Kalau you makan luar, nanti portion makanan you di hotel sapa mau makan? Nanti kalau buang itu makanan, rugi saja. Semua you punya pasal makan luar." Sy pun cakap la, nak test makanan di luar macam mana. Dia jawab "You mau pi makan luar, you pi lah, sy tak mau. Skrg pun sudah pukul 10 mlm, kalau skrg baru mau pi, pukul berapa mau balik. Esok pagi sy lagi mau pi awal masjid. Kalau sy keluar sekali, nanti sy susah bangun. You mau pi, you pi lah".. Perghh.. tersentak sy. Tak sangka langsung sy Mortin berfikiran macam tu. Tapi, sy tetap pi la. Mortin tak pi...

.

Di Mekah, sy tanya Mortin. Nak naik tak Gua Hira'. Dia cakap "Apa itu Gua Hira?". Sy pun cakap la, Gua Hira' ni tempat Nabi menerima wahyu dari Allah yg pertama. Dia pun tanya "Apa itu wahyu?". Sy pun cakap la, tempat Al Quran mula2 turun. Dia pun kata, kalau Nabi pernah sampai tempat tu. Sy pun mesti mau pi.

.

Malam ke enam kami di Mekah, kami mendaki Gua Hira'. Dan hampir sampai ke puncak, kami tengok ada org yg secara sukarela menyiapkan tangga dengan simen utk memudahkan org ramai mendaki. Dan Mortin cakap "Bos, sy ingat sy mau tinggal sini lah. Sy tak mau balik Malaysia lah." Sy ckp la kat dia "Mortin, ini Mekah, you jangan cakap macam ni. Apasal you tak mau balik?" Dia cakap "Sy mau duduk sini lah, mau kerja free kasi ini tangga semua siap sampai atas, sudah siap baru sy balik". Betapa murni hati dia sy tgk masa ni.. Sy ckp, tak pa lah Mortin, kita buat pahala dengan cara lain la. Semasa mendaki, dia macam tak mau guna tangga. Dia macam nak daki guna batu2, dia kata Nabi dulu masa naik mana ada ini tangga. Lagi, Nabi naik masa siang. Panas. Kita naik waktu malam, tarak panas. Sy pun cakap la, "Tak pa la Mortin, you mau naik siang, esok you sewa teksi naik lagi satu kali"... Dia pun terus senyap. Dan bila dah sampai betul2 di Gua Hira', dia tanya Ustaz... "Di mana tempat Nabi duduk dulu?" Ustaz pun cakap, sinilah. Semua tempat ni Nabi duduk. Mortin terus pi cium batu2 tu. Walau pun sebenarnya kita dilarang buat macam tu. Tapi, sebab dia tak tahu.. Dia cium hampir semua batu.. Nak pastikan dia cium tempat yg Nabi duduk. Di atas, dia pun ikut sy solat sunat dua rakaat. Ni gambar Mortin di Jabal Rahmah. Cakap saja apa aktiviti di Mekah dan Madinah yg dia tak buat, semua dia buat.

Mortin dan sy dlm bas semasa menuju ke Tanaim utk berniat Umrah seterusnya. Mortin memang rajin buat Umrah. Setiap hari, dia akan make sure sy ikut dia pi menunaikan umrah. Bukan dia yg ikut sy, dia akan pastikan sy yg ikut dia bila dia nak berumrah.

Selepas umrah kami yg kedua, sy menceritakan kebaikkan membotakkan rambut semasa bertahlul. Terus dia pun membotakkan rambut sama macam sy. Dan semasa mengerjakan umrah yg terakhir sebab kami dah nak bertolak ke Madinah, dia membotakkan sekali lagi kepala dia. Sebab dia kata dia mau banyak pahala. Bila botak dua kali.
.
Dan hari last kami di Mekah, sy cakap la sy tak larat dah nak buat Umrah. Mortin kata.. "Bos, ini last day bos. You tak ikut sy hari ni, tak tau bila pulak you boleh mari". Sy cakap kat Mortin, "Tak pa lah, kalau you nak pi, you ikut Dr Nazri. Dia akan pi pukul 3 pagi nanti.".... Tengok2, Mortin betul2 pi mengerjakan Umrah. Dia ikut Dr Nazri.
.

Hari last kami di Mekah, Mortin kata hari ni dia nak sedekahkan duit dia 50 Riyal kepada pekerja2 cleaner di dlm Masjidil Haram. Sy pun cakap la kat dia, mana dia nak cari duit 1 Riyal 50 keping nak bagi kat cleaner di situ. Dia cakap, "Bos, dlm dunia.. Kalau kita betul2 mau, mesti ada cara. Kalau kita tak mau, macam2 alasan kita bagi.". Tak pa lah, you pi lah cari mana ada org nak tukar duit dengan you 1 Riyal - 1 Riyal.

.
Rupa rupanya, Mortin ada bawa duit 10 Riyal 5 keping hari tu. Dan bila dia jumpa cleaner tu, dia cakap kat cleaner tu dia nak sedekah kat cleaner tu 1 Riyal aja. Tapi dia ada 10 Riyal. So, dia minta balance balik kat cleaner tu lagi 9 Riyal. Dan dia guna duit 9 Riyal tu utk sedekah kepada cleaner2 lain. Macam tu lah dia buat sampai habis duit dia 50 Riyal.

.
Di sini, sy nampak satu benda kat Mortin. Hati dia betul2 ikhlas. Betul2 suci bila berada di Tanah Suci.

.
Yg lebih mengharukan sy, pada hari terakhir, selepas Solat Jumaat. Kami mengerjakan Tawaf Wida' sebab dan nak meninggalkan bumi Mekah, dan Masjidil Haram serta Kaabah. Sy dan Mortin buat tawaf wida' bersama dan lepas tu sy ajak Mortin berdoa di Multazam. Sy tengok masa tu, air mata Mortin jatuh berguguran. Dia betul2 menangis. Dia betul2 berdoa di Multazam... Di situ, sy turut mendoakan "Ya Allah, berilah petunjuk dan hidayah Mu kepada Mortin. Berilah yg terbaik kepada dia di dunia dan akhirat". Masa sy tengok dia, sy bertambah sy sebab sy melihat seorang yg dulu agak keras hatinya.. Dengan tiba2 hari tu sy tengok hati dia betul2 lembut dan murni. Sy berharap Allah mengampunkan dosa2 dia yg lalu..
.

Mortin ketika di Jabal Uhud, Madinah. Di Madinah Mortin selalu menangis bila duduk dlm Masjid sebab dia teringat Rasulullah. Dia tak tahu secara mendalam pasal Rasulullah. Tapi dia tahu pengorbanan yg Rasulullah dan para sahabat dah buat masa nak sebarkan Islam dulu. Dia kagum dengan Rasulullah dan kagum dengan para sahabat.
.
Bila sampai di Maqam Rasulullah, dia akan bertafakur lama di situ. Sambil menitiskan air mata. Dia pun pernah dengan pasal Saidina Abu Bakar dan Saidina Omar yg menjadi sahabat baik Rasulullah. Dan dia turut menangis depan kubur sahabat. Bila sy tanya kenapa dia nangis. "You ingat senang ka dulu, Nabi sama Abu Bakar, sama Umar mau fight kasi Islam menang dulu... sy tak boleh bayang apa macam dulu dia org fight"... Hmmm aduhai Mortin... Dia betul2 mengsyahdukan hati sy...
.
Gambar membelakangkan Maqam Rasulullah di bawah bumbung hijau tu.

Di Mekah dan Madinah, Mortin sort of my translator. Dia boleh bercakap Bangla, dan kebanyakan pekerja2 kedai di Mekah dan Madinah berbangsa Bangla. So, senang la sket bila operasi tawar menawar.
.
Semasa kami mengerjakan ziarah wida' ke atas Maqam Rasulullah, Mortin berjalan slow2. Sambil bertafakur. Dia mengucapkan selamat tinggal buat Rasulullah dan dia berjanji dlm diri dia, lepas ni dia akan datang lagi dengan keluarga dia pulak. Utk melawat Rasulullah.
.
Sesampai aja Mortin di Malaysia, Alhamdulillah. Sy lihat ada perubahan dlm diri Mortin. Dia skrg still tak pandai nak solat sendiri. So, waktu Maghrib dan Isyak dia pi solat di Surau dekat rumah dia. Benda yg dia tak pernah buat sebelum ni. Dan Zuhur dan Asar dia solat sendiri. Sy tanya dia, you apa baca. Dia jawab " Sy tak baca apa, tapi Allah tau sy mau baca tapi sy tak tau baca". Janji sy sembahyang.... Hmmmm
.
Setelah difikirkan kembali, sy rasa betul2 bersyukur kepada Allah. Sebab sy sendiri dpt merasakan perubahan dlm diri Mortin, sebelum pergi, semasa di Mekah dan selepas kembali ke Malaysia. Inilah yg dikatakan:


Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang meyakini Allah
Maha Esa, Maha Kuasa
.
Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagaimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa
.
Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual-beli
Ia tiada di tepian pantai
.
Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau berentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah
.
Baru2 ni Mortin datang ke reban sy. Dia cakap terima kasih kat sy sebab bawa dia gi umrah sekali.
.
Sebelum dia balik ke rumah dia, sy tanya dia. "Mortin, dalam banyak2 doa you doa di depan Kaabah, apa doa yg you betul2 mau Allah kasi?"
.
Mortin pun jawab, "Bos, banyak2 doa sy doa di sana, sy betul2 mau Allah kasi sorry sama sy punya Mak, sy punya Pak, lain doa kalau Allah tak kasi pun tak pa lah. Tapi, mesti mau kasi doa sama saya punya Mak n Pak. Sy punya mak n pak sudah mati, sy pun tak tau apa lagi sy boleh kasi sama dia org."
.
Sy cakap kat Mortin, "Mortin, kalau anak sendiri doa sama dia punya mak n pak, CONFIRM sampai. You punya mak sama pak mesti seronok sama you sekarang. You skrg jangan takut la, skrg lagi mau doa. Hari2 doa kasi Allah ampun you punya pak.".
.
All reader, kalau Mortin boleh berfikiran macam ni... Kita renung2kanlah... Kita di mana.... Dan semua ni adalah, hidayah daripada Allah. Sy hanya membantu Mortin sedikit sebanyak sepanjang dia di sana. Tapi, hidayah tu datang dari Allah juga....
.
Mudah-mudahan.. Kisah Mortin ni mengjadi pengajaran kepada kita. Kalau Mortin boleh pergi ke Mekah, mengapa tidak kita. Kalau Mortin boleh dapat hidayah daripada Allah, mengapa tidak kita. Berusahalah, berazamlah utk menunaikan Umrah @ Haji, insya Allah, hajat kita akan dipermudahkan Allah.. Mudah-mudahan, ziarah kita ke Kaabah menjadikan diri kita lebih dekat dengan Allah. Membuat penyucian jiwa, pembersihan hati di Tanah Suci.
.
Moga apa yg sy ceritakan kali ni betul2 memberi manfaat utk kita semua. Fuhhh.. Penat. Ambil masa 2 jam utk siapkan entry kali ni. Mudah2an Allah berkati kita semua. Di dunia dan akhirat...

10 comments:


  1. subahanAllah, menangis sy baca posting ni, betapa ikhlasnya mortin dan hanya minta keampunan utk kedua ibu bapanya yg paling diingini,itu shj yg boeh di beri katanya tetapi sebenarnya itu lah yg paling di kehendakki oleh semua ibu bapa setelah mereka tiada iaitu doa2 dari anak2 yg solleh. Hati sy sungguh tersentuh, terima kasih kerna menceritakan di entry ini.

    ReplyDelete
  2. mata sya bergenang bc kisah mortin nih..terima kasih sbb sanggup luangkan masa 2 jam semata2 nak buat entry nih. sedikit sbyk tlh mberi kesan dan pengajaran bg sesiapa yg mbaca tmsuk dri saya.

    ReplyDelete
  3. Assalam,

    SubhanAllah! Alllahu Akbar!

    Begitu sebak dan tersentuh akan kisah Mortin. Mata dikaburi oleh air mata.

    Sungguh ikhlas walaupun beliau tahu akan kekurangan diri tapi yakin akan pertolongan Allah.

    Semuga mortin dan kita semua di beri taufiq dan hidayah.

    Terima kasih atas pengongsian ini. sungguh menyentuh perasaan.

    Jazakaullah

    AJ

    ReplyDelete
  4. kisah mortin sgt menginsafkan saya .... betullah disisi Allah kita tiada beza ...hanya amalan yang ikhlas dan meletakkan pergantungan kepada rahmat Allah menjadikan sesuatu amalan bernilai .... syukur sy dpt menghayati byk kisah2 di tanah suci dr blog hj firdaus ... terimakasih banyak hj firdaus... semuga Allah melimpahkan sebanyak2 rahmatnya kepada hj, isteri dan anak2 tercinta. moga rayuan hj sy pada tahun ini di perkenankan oleh Allah... amin

    ReplyDelete
  5. Allahuakbar!tak henti air mata saya baca kisah mortin...saya sedih sangat...insyaAllah saya pun akan ke tanah suci hari selasa ni...tp kadang2 hati masih ragu2...banyak dosa saya...lalai dalam melaksanakan perintah Allah selama ni...tiba2 dpt jemputan dr Allah melalui ajakan teman rapat...mcm tak fikir apa terus setuju..dah setuju, tetiba pikir, layak ke aku...tp saya cuba usaha belajar balik tentang agama...byk yang saya dah lupa..lama sgt ditinggalkan...sedih sungguh dgn kejahilan diri....wpun makin hampir, rasa tak cukup lg ilmu di dada...rasa layakkah aku...bila kawan2 tahu saya nak ke sana (saya baru bg tahu last week pd rakan sekerja...malu nak bagitahu awal2..sedar diri tak sebaik mana)...ada yg terkejut sebab tak sngka org macam saya pun nak pergi sana...Allahuakbar...saya pun tak pernah terpikir utk pergi dlm masa terdekat...mcm encik ckp, dgn alasan takde duitlah, ilmu takcukup lah, takde cuti panjang lah...Allahuakbar saya tak tahu apa himah sebalik ni...tp saya berazam utk perbanyakkan ibadah di sana...semoga Allah terima taubat saya...saya kagum dgn keikhlasan mortin...Allah lindungi dia n rahmati umrah dia...ya Allah, kau kurniakanlah rahmatMu ke atas aku yg serba kekurangan ini...pohon doakan semoga perjalanan saya dipermudahkan, dirahmati Allah...terima kasih atas blog yg sangat membantu...semoga Allah merahmati encik sekeluarga...Amin ya rabbal alamin....

    ReplyDelete
  6. subhanAllah! Allahu akbar! kisah Mortin sgt2 menyentuh hati saya.. sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Kita tak layak mengukur iman seseorang..

    Terima kasih kerana berkongsi kisah Mortin. Moga Allah melimpahkan rahmatNya atas keluarga saudar/i dan juga Mortin.

    ReplyDelete
  7. sy juga bcadang utk ke sana thn dpn... tp sy takut memikirkan layakkah sy ke tanah suci itu... Ya Allah permudahkanlah urusan kami...ikhlaskanlah hati kami... berikanlah kesihatan kpd kami... amiin

    ReplyDelete
  8. ya Allah nampak jelas keadilan Allah
    siapa yg nak dan ada usaha dia akan bagi tanpa syarat
    kita manusia yg byk syaratnya

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top