Assalamualaikum,

Hari ke 10 kami di Mekah, selepas Solat Jumaat kami bertolak menuju ke Madinah. Pada masa ni, sy nampak pengurusan Andalusia agak kucar kacir. Mutawif tak maklumkan kepada kami plan utk hari tu. Dan mutawif tak maklumkan suruh kami Jama' kan Solat Jumaat dan Solat Asar.

Kami hanya di minta utk keluarkan beg dan letak diluar bilik sebelum pukul 11 pagi. Dan arahan diberikan, jangan takut hal beg. Beg ni ambil di hotel di Madinah. Perghhh.. Ayat macam simple.. Tapi, sy tengok masa bas nak bertolak, ada beg jemaah yg baru sampai dari Malaysia malam sebelumnya dah bercampur dengan beg jemaah kami yg nak menuju ke Madinah. Because of this, perghhh.. Ada kebarangkalian beg jemaah yg baru sampai ke Mekah terlepas pergi ke Madinah. And that thing happen....

Walaupun plan asal kami bertolak ke Madinah pukul 2.30 petang, tapi pukul 4.30 petang baru bas boleh bertolak. Macam2 problem happen before that...

Dalam perjalanan ke Madinah, masya Allah.. Ujian Allah.. Penghawa dingin bas kami rosak. Belting problem. Nasib baik la driver bas pandai repair dan ada spare part. So, dlm 30 minit, bas kembali seperti normal. So bad, ramai di antara jemaah dlm bas yg belum solat Asar, sy ada bagi cadangan masa bas rosak supaya mereka yg belum bersolat utk solat di tepi jalan. Tapi, tak der sorang pun yg belum bersolat buat macam tu.. Nak buat macam mana, pergi Mekah buat Umrah dah cantik dah... Tapi dlm perjalanan boleh terkantoi solat.. Aduh... Siap kata, tak pa lah nanti kita Qada lah...

Pukul 9.30 mlm, kami sampai di satu tempat perhentian utk makan. Yaman Restoran. Sedap gila makan di sini, Nasi Mandi Ayam... Sorang 10 Riyal. Tapi, agen Andalusia yg bayar.... makan aja lah.

Kali ni, makan dlm talam gak, tapi talam agak kecil. Terpaksalah kami berebut2 makan..

Maria, Mak dan group makan dia org...

Pukul 12 malam, kami selamat sampai ke Madinah dan masuk ke hotel. Alhamdulillah, perjalanan kami tadi ambil masa hampir 7 jam setengah... Meletihkan.. Tapi, hotel di Madinah jauh lebih cantik berbanding hotel di Mekah.
.
That's all.. Next entry will be the visit to Masjidil Nabawi dan Perkuburan Baqi'.

3 ulasan:

  1. bab sembahyang tu boleh dijamak awal atau akhir. x payah qada.

    BalasPadam
  2. Masalahnya, para jemaah tak jamak masa solat jumaat. Perancangannya, masa travel dari Mekah ke Madinah bas tak berhenti utk solat asar. jadi, dia org nak solat di mana. Ada yg bijak sket, solat terus dlm bas. Yg tak bijak, kata qada....

    BalasPadam
  3. Assalam,

    Sememangnya kita tak putus di uji Allah dari sekecil kecil hingga yang besar.

    Seronok tengok gambar gambar yang tuan haji kongsikan.

    Terima kasih.

    Semuga tuan haji dan keluarga dirahmati Allah.

    AJ

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top